Kisah-kisah 4 filem Transformers sebelum Transformers The Last Knight

0
398
views

Francais Transformers boleh dikatakan francais filem paling rumit dalam sejarah filem. Pada dasarnya, Transformers ialah francais berdasarkan mainan Hasbro yang menampilkan makhluk asing mekanikal besar yang berjuang antara satu sama lain. Tetapi cerita Transformers setakat ini, sepanjang empat filem pertama Michael Bay, telah diperincikan plot yang sangat rumit dan kompleks  termasuk bagaimana Transformers terlibat dalam sejarah manusia dan bagaimana mereka merancang untuk menggunakan teknologi Cybertron untuk mengambil alih Bumi.

Filem kelima Transformers, The Last Knight dikatakan filem terakhir Transformers yang akan diarahkan oleh Michael Bay, kesemua 5 filem Transformers diarahkan oleh Michael Bay setakat ini. Menunjukkan manusia berperang dengan Transformers, dan Cade yang dilakonkan oleh Mark Wahlberg dari filem keempat, cuba sedaya upaya untuk mengetahui mengapa Transformers kembali semula ke Bumi. Transformers: The Last Knight  turut dibintangi Anthony Hopkins,Laura Haddock, Stanley Tucci, Tyrese Gibson, Josh Duhamel, John Turturro dan Nicola Peltz.

Sebelum The Last Knight ditayangkan pada 20 Jun nanti, mari kita imbas kembali 4 kisah Transformers sebelum ini.

Transformers (2007)

Kisah Transformers pertama dimulai dengan sejarah Transformers. Di planet kediaman mereka, Cybertron. Terdapat dua puak yang berlawan: Autobots dan Decepticons. Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime, berjuang untuk mencegah Decepticons (diketuai oleh Megatron) daripada mendapat Allspark, artifak yang kuat yang akan memberi kuasa yang tidak terhad kepada sesiapa yang memilikinya. Bertekad untuk tidak membiarkan Megatron jahat berhasil mendapatkannya, Optimus Prime menghantar AllSpark ke luar angkasa.

Megatron mengejarnya, tapi melanggar Lingkaran Kutub Utara. Megatron ditemukan pada tahun 1850 oleh penjelajah Archibald Witwicky, yang tanpa sedar mengaktifkan Megatron. Megatron mengukir lokasi AllSpark ke dalam kacamata Witwicky, lalu mengirimnya kembali ke Cybertron.

Cermi mata itu berakhir ke cicit Witwicky, iaitu Sam (Shia LaBeouf), yang baru saja mendapatkan kereta pertamanya. Ketika Decepticons lainnya mengesan cermin mata dan menyerang Sam, keretanya tiba-tiba muncul ‘hidup’ – ini adalah Autobot, Bumblebee!!

Setelah menyelamatkan Sam dan teman tapi mesranya Mikaela (Megan Fox), dua pahlawan sebelumnya diperkenalkan ke  Autobots lainnya, yang baru saja tiba di Bumi. Jika Megatron dan Decepticons berhasil menguasai AllSpark, mereka merancang untuk menggunakannya untuk ‘menghidupkan’ semua mesin di Bumi dan menghapuskan umat manusia. Kebanyakan sepanjang filem ini hanya  pertempuran antara pelbagai Transformers. Ia berakhir dengan Allspark dipadamkan, sebahagian besar Decepticons sama ada mati atau melarikan diri, dan Optimus Prime berjaya menyelamatkan sekeping kecil AllSpark. Autobots bersembunyi di Bumi.

Transformers: Revenge of the Fallen (2009)

Kisah Transformers dilanjutkan lebih banyak sejarah baru: Primes, Transformers asal, melakukan perjalanan ke galaksi yang menciptakan Sun Harvesters untuk menciptakan kekuatan yang lebih besar seperti AllSpark. Peraturannya adalah bahawa mereka tidak pernah menempatkan Sun Harvester di planet yang dihuni kehidupan lain, tapi Megatronus Prime (kemudiannya dikenali sebagai The Fallen) mengabaikan peraturan tersebut dan membangunkan Sun Harvester odi bumi. Primes yang lain memenjarakan The Fallen dan Sun Harvester disembunyikan, namun tidak pernah diaktifkan.

Kembali ke masa sekarang. Autobots telah berkerjasama dengan tentera US dan membantu mengesan Decepticons yang masih hidup. Apabila salah satu daripada Decepticons mendedahkan kepada Optimus Prime yang The Fallen telah kembali, Penasihat Keselamatan Negara memberitahu Autobots yang sekeping baki Allspark telah tersimpan dengan selamat. Decepticon yang masih hidup telah menggodam satelit tentera dan mendengar semua ini. Dia menghantar satu lagi Autobot untuk mendapatkan serpihan Allspark ini.

Sam kini sudah bercinta dengan Mikaela, dan sudah masuk ke Kolej. Sam mendapati serpihan di jaketnya, dan saat dia melihat ke dalamnya, dia seperti mencetak hieroglyphic atau simbol Cybertronian dengan menggunakan matanya. Megatron telah dihidupkan kembali oleh  Decepticons, menggunakan serpihan Allspark yang telah dicuri oleh Decepticons daripada Tentera Darat. Megatron bertemu dengan The Fallen, yang menjelaskan bahawa Megatron perlu menangkap Sam untuk mengetahui lokasi Sun Harvester, yang kemudiannya boleh mula membuat Energon baru.

Pertempuran kemudiannya berlaku, termasuk Megatron membunuh Optimus Prime, dan Transformer purba, dikenali sebagai Seeker, menghantar Sam dan kumpulannya ke Mesir untuk mencari Matrix of Leadership, yang akan menghidupkan kembali Optimus Prime. Matrix larut saat disentuh, tetapi Sam menyembunyikan sedikit debu di stokin kakinya. Semasa pertempuran, Sam terbunuh, namun Primes muncul dalam ‘penglihatan’ Sam, menghidupkannya kembali. dan memberi kuasa kepada debu Matrix untuk menghidupkan semula Optimus Prime. Optimus Prime berhadapan dengan Megatron dan The Fallen, yang telah menumpai Sun Harvester. Optimus Prime menghapuskan The fallen, mencacatkan Megatron dan memusnahkan Sun Harvester.

Transformers: Dark of the Moon (2011)

Dark of the Moon membawa cerita Transformers kembali ke tahun 1961, ketika Ark, kapal dari Cybertron membawa penemuan rahsia, jatuh ke bulan. Program-program angkasa Amerika dan Rusia telah dibangunkan sebagai tindak balas kepada kemalangan ini dan percubaan untuk menutupinya.

Saat ini, Optimus Prime menemui sekeping Ark saat memeriksa teknologi asing yang dicurigai di Chernobyl. Autobots pergi ke bulan untuk menyelidikinya, dan mereka menemuki pemimpin Autobot sebelumnya, Sentinel Prime, koma di bulan. Sentinel Prime dikelilingi oleh tiang yang bertujuan untuk melakukan teleportasi antara Bumi dan bulan. Optimus Prime menggunakan Matrix of Leadership untuk menghidupkan kembali Sentinel Prime.

Sam ada makwe baru, Carly. Sam mulai mencari Ark dan bergabung dengan agen Sektor 7 Seymour Simmons (John Turturro).Mereka mengetahui bahawa Decepticon  menemui bangkai pesawat Ark terlebih dahulu, dan meninggalkannya bersama Sentinel Prime di bulan sebagai perangkap untuk Autobots. Apabila Sentinel, dihidupkan semula, Sentinel mendedahkan bahawa beliau telah beralih pihak; kini beliau adalah pasukan Decepticon. Autobots diusir dari bumi apabila pesawat mereka meninggalkan planet ini, Starscream meletupkannya, kemungkinan membunuh kesemua Autobots.

Decepticons meneruskan dengan rancangan utamanya: untuk mengangkut Cybertron ke sistem suria,, menghambakan manusia, dan membina semula Cybertron. Autobots, tidak mati dan bersembunyi di Bumi, dan pertarungan dimulakan. Optimus Prime membunuh Megatron dan Sentinel Prime; Jambatan yang menghubungkan hancur yang menyebabkan Cybertron meletup dan musnah, dan Autobots menerima Bumi sebagai kediaman baru mereka.

Transformers: Age of Extinction (2014)

Berjuta-juta tahun yang lalu, ada makhluk asing yang dikenali sebagai Creator datang ke Bumi dan mengintipnya dengan peranti yang disebut Seed, menyebarkan aloi yang disebut Transformium. Cerita Transformers kemudian berlanjut ke masa sekarang, seorang ahli geologi mulai menggali Transformium untuk sebuah syarikat, KSI, yang merancang menggunakan material tersebut untuk membuat drone/pesawat Transformer.

Selepas Chicago telah musnah dalam Dark of the Moon, Autobots telah pergi bersembunyi. Rakyat Amerika tidak mempercayai Transformers lagi, team CIA black ops, yang dikenali sebagai Cemetery Wind, telah memburu dan membunuh Transformers. Decepticon pemburu  dari Cybertron, Lockdown, berjanji memberi Harold Attinger (Kelsey Grammer), pemimpin Cemetery Wind, Seed jika beliau berjaya membunuh Optimus Prime.

Optimus Prime telah bersembunyi di Mexico City, di mana ia bertemu dengan “pemilik” barunya, Cade Yeager (Mark Wahlberg). Anak perempuannya Tessa (Nicola Peltz) dan rakan bisnesnya Lucas (T.J Miller). Lucas ingin Cade menyerahkan Optimus Prime kepada kerajaan, tapi Cade, seorang pencipta/inventor, ingin belajar tentang Transformers. Lucas menolaknya, dan terbunuh saat Lockdown muncul dan pertempuran terjadi kemudiannya. Cade mendapati KSI terlibat dengan Cemetery Wind, dan Optimus Prime menyeru Autobots selebihnya untuk “roll out”

Prototaip Transformer baru dipanggil Galvatron, dan lebihmenyerupai Megatron daripada Optimus Prime (ternyata, Galvatron adalah “penjelmaan semula” Megatron), Galvatron menjadi gila dan bertempur dengan Autobots, tapi Lockdown muncul dan menculik Tessa dan Optimus Prime. Cade dan kekaih Tessa, Shane menyelinap ke kapal Lockdown dan menemukan “breed” Transformers baru, yang dikenal sebagai Dinobots, dan menggunakannya dalam perang melawan Lockdown dan Galvatron. Saat debu hilang, Lockdown hancur;  Optimus Prime bersumpah bahwa dia akan pergi menemui Creators.

Kemana arah tuju filem Transformers selepas ini? Saksikannya di pawagam pada 20 Jun 2017 ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here