Kisah Han Solo dalam filem Star Wars yang terbaru

0
303
views

han_solo

SATU projek filem baru yang dilabelkan sebagai kisah sampingan kepada siri francais Star Wars akan dilancarkan tidak lama lagi berkisarkan kepada perjalanan hidup salah satu karakter utamanya iaitu Han Solo.

Menurut The Hollywood Reporter, filem baru itu nanti akan menerima sentuhan daripada pengarah filem The Lego Movie dan Jump Street iaitu Christopher Miller dan Phil Lord.

Memetik sumber-sumber dalaman Disney, portal berita  The Hollywood Reporter itu menjelaskan, filem ini mengisahkan pengembaraan Solo sewaktu zaman mudanya.

Filem ini akan masuk pawagam pada 25 Mei 2018 – setahun selepas pelancaran episod kelapan siri francais Star Wars pada tahun 2017.

 Laporan itu juga menyebut yang filem baru mengenai Han Solo ini akan turut mendapat sentuhan beberapa tukang cerita filem-filem Star Wars sebelum ini seperti Lawrence Kasdan dan Jon Kasdan.

Para pelakon untuk filem terbaru ini termasuklah watak heronya bagaimanapun masih belum ditentukan lagi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here