Kisah Azizulhasni Awang Pula Bakal Difilemkan

0
401
views

Selepas kisah pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan atlet Paralimpik Mohamad Ridzuan Puzi di filemkan, kini giliran pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang pula dimana kisahnya bakal ditunjukkan di layar perak.

Menurut pelumba basikal negara itu, menerusi filem yang bakal dihasilkan, ia bukan sahaja berkongsi mengenai kejayaannya sebagai pelumba basikal, tetapi turut mengimbas semula permulaannya dalam sukan lumba basikal ini.

“Banyak perkara mahu saya ceritakan yang diharap mampu memberi semangat kepada orang lain supaya jangan berhenti berusaha dan berdoa untuk menggapai impian sekali pun nampak mustahil.

“Kejayaan ini tidak datang begitu saja kerana saya juga pernah melalui permulaan yang sukar, malah ketika peringkat permulaan di Dungun (Terengganu) dulu, saya nyaris mati dilanggar lori dalam perjalanan pulang daripada latihan,

Azizulhasni atau nama gelarannya The Pocket Rocketman nyata terharu apabila dimaklumkan mengenai idea pembikinan filem biopik ini yang diharap mampu menyuntik inspirasi kepada masyarakat tanpa mengira bidang yang diimpikan.

Pengarah filem Ophilia, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin akan bertindak selaku pengarah filem biopik ini. Menurutnya, proses pra-produksi filem tersebut memakan masa lama kerana mahu memastikan segala fakta penting dalam hidup Azizulhasni dapat dikumpul sebelum memilih yang terbaik untuk dipaparkan.

Bercerita lanjut mengenai pelakon yang bakal menggalas watak jaguh basikal itu, pengarah masih belum memilih pelakon buat masa ini.

Biopik terbitan ThreeSixty Management, UniTalent Sdn Bhd dan Universiti Utara Malaysia (UUM) ini akan menelan belanja RM6 juta dan dijangka akan ditayangkan pada tahun 2019.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here