Kisah Anak Malaysia Memalukan Britain Bakal Diterjemahkan Dalam Filem Dawn Raid

0
133
views

Kisah ‘serangan subuh’ Malaysia terhadap ekonomi Britain bakal diterjemahkan dalam bentuk filem yang berjudul Dawn Raid. Filem terbaru arahan Bront Palarae itu dijangkakan akan menemui penonton pada Hari Kebangsaan 2019.

Filem yang diangkat dari kisah sebenar ini telah mendapat respon yang cukup baik daripada kalangan peminat apabila treler filem itu didedahkan kepada umum baru-baru ini. Menurut Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, selain mahu melihat respon daripada peminat, tujuan utama treler ini dikeluarkan adalah untuk mencari dana.

“Syukur Alhamdulillah daripada sambutan yang kami lihat setakat ini, ia membawa keyakinan kepada pihak produksi dan yang terlibat dalam projek ini. Dengan menggunakan dana daripada MDEC, kami dapat berkongsi visi filem ini melalui treler yang baru dikeluarkan bertujuan untuk mengumpul lebih dana bagi memulakan penggambaran.

“Filem yang bakal ditayangkan dalam versi dwibahasa itu akan memulakan penggambaran sejurus selepas mendapat dana,” Bront Palarae, Astro Awani.

Filem terbitan Pixel Play Sdn Bhd ini mengambil inspirasi dari sebuah kisah sebenar iaitu mengenai sekumpulan anak Melayu yang diketuai oleh Perdana Menteri Ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) melancarkan ‘serangan’ ke atas saham perladangan Guthrie di London pada 7 September 1981 untuk mengambil alih pemilikan itu secara mengejut.

Dawn Raid dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Iedil Putra, Sofia Jane dan ramai lagi.

Malaysia sekali lagi memperlihatkan kehebatan Tun M dalam pentas politik apabila beliau sekali diangkat menjadi Perdana Menteri Ke-7 Malaysia sekaligus mencipta sejarah sebagai individu pertama menjadi perdana menteri sebanyak dua kali.

Selain cipta sejarah dalam negara, beliau kini merupakan pemegang rekod Guinness World Records sebagai perdana menteri tertua iaitu berusia 92 tahun.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here