“Kingpin” Bersedia Sertai Projek Moon Knight James Gunn

0
82
views

Sejak membawa watak Kingpin dalam siri Netflik Daredevil, Vincent D’Onofrio meluahkan keinginannya untuk mengembangkan karakternya dalam Marvel Cinematic Universe. Selain dari membuat tawaran untuk menghasilkan siri spinoff Kingpin, dia juga menyuarakan hasrat untuk menyertai James Gunn dalam menghasilkan filem Moon Knight

Vincent yang tidak mahu kontraknya bersama MCU habis begitu awal telah meluahkan perasaannya di laman twitter untuk turut serta dalam projek filem berkenaan. Baru-baru ini, pengarah filem Guardians of the Galaxy, James Gunn telah mendedahkan hasratnya untuk menghasilkan satu lagi filem berdasarkan watak Marvel iaitu Moon Knight.

Tidak pasti niat Vincent samada mahu kembali membawa watak Kingpin dalam filem Moon Knight sekiranya dihasilkan  atau membawa watak lain sepertimana keinginannya membawa apa-apa watak dalam filem Guardiance of the Galaxy 3.  Lagipun Kingpin dan Moon Knight jarang bertemu dalam storyline komik Marvel

Marki Photography

Vincent D’Onofrio dikatakan memberi komitmen yang tinggi dalam MCU dan sentiasa mencari peluang untuk muncul dalam mana-mana filem MCU yang akan dihasilkan. Malah, karakternya sebagai villian Kingpin begitu menjadi dan mendapat reaksi positif dari kalangan penonton sehinggakan Kingpin dikatakan antara Villian paling diingati dalam dunia MCU

Bagaimanapun, penghasilan filem Moon Knight hanya cadangan sahaja, ia bergantung kepada Marvel untuk meneruskan cadangan tersebut ataupun tidak memandangkan James Gunn mempunyai komitmen yang tinggi dalam filem-filem Guardians of the Galaxy dan sekiranya ia direalisasikan, kemungkinan pihak Marvel akan menyerahkan kepada pengarah lain.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here