Kevin Feige Dedahkan Mereka Belum Merancang Memperkenalkan X-Men Dalam MCU

0
383
views

Selepas pembelian studio Fox oleh pihak Disney, ramai peminat tidak sabar mahu melihat karakter-karakter X-Men diperkenalkan dalam dunia Marvel Cinematic Universe (MCU). Malah ada yang berkira-kira dan berteori bahawa beberapa karakter X-Men akan diperkenalkan dalam Avengers 4 setidak-tidaknya semasa dibabak ‘post credit’

Bagaimanapun, Kevin Feige, yang merupakan president Marvel Studio mendedahkan yang mereka buat masa ini tidak merancang untuk memperkenalkan mana-mana watak X-Men dalam dunia MCU, setidak-tidak dalam tempoh dua tahun ini.

“The truth of the matter, as I understand it, is the deal has to be figured out. There’s been no communication. We’re not thinking about it. We’re focusing on everything we’ve already announced. If and when the deal actually happens, we’ll start to think more about it. Until then, we have a lot to do.”

Menurutnya lagi, mereka kini menumpukan segala projek yang telah mereka rancang dan hanya akan mengumumkan pelan terbaru filem-filem Marvel pada tahun 2019 iaitu selepas tayangan filem Avengers 4 yang juga merupakan filem terakhir Marvel untuk fasa 3.

Jadi jika anda ingin melihat sama ada karakter X-Men diperkenalkan dalam MCU, anda terpaksa menunggu sehingga selesainya Fasa ketiga Marvel dimana Kevin Feige akan mengumumkan filem-filem terbaru Marvel Fasa 4 pada waktu itu.

Sumber: Comicbookmovie.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here