Ketahui Kuasa Yang Dimiliki Oleh Fantastic Four

0
609
views

Fantastic-Four-Characters-Poster-Banner-Wallpaper

Lebih kurang seminggu lagi kita akan melihat 4 superhero beraksi dalam filem reboot Fantastic Four yang akan ditayangkan pada 7 Ogos 2015 nanti. Sementara menunggu tayangan filem ini, apa kita melihat kuasa dan kebolehan yang dimiliki oleh keempat – empat mereka ini.

Tapi sebelum itu, kita kena ketahui sejarah bagaimana mereka mendapat kuasa luar biasa ini. Mereka ini adalah manusia biasa dan merupakan angkasawan. Semasa dalam misi ke dunia lain, mereka telah ditimpa kemalangan (kesan daripada solar storm) semasa dalam proses ke dunia lain. Disebabkan kemalangan tersebut, setiap daripada mereka mendapat kuasa yang membolehkan mereka menjadi superhero. Mari kita lihat apakah kuasa yang dimiliki oleh mereka.

Miles-Teller-as-Mr.-Fantastic-in-Fantastic-Four-Poster-Wallpaper

Mister Fantastic (Dr. Reed Richard)

Dr. Reed Richard adalah seorang saintis yang sangat bijak. Selepas daripada kemalangan tersebut, dia mempunyai abiliti untuk melenturkan badan, membentuk dan memusing anggota badannya sebanyak 360″ darjah. Kebolehan ini membolehkan beliau untuk melepasi apa – apa halangan yang manusia biasa tidak boleh melaluinya.

Kate-Mara-as-The-Invisible-Woman-in-Fantastic-Four-Poster-Wallpaper

Invisible Women (Susan Storm)

Susan Storm adalah teman wanita (dan isteri) kepada Dr. Reed. Dia mempunyai kuasa untuk memanipulasi cahaya dan medan magnet. Beliau juga boleh menjadi halimunan dan menggunakan kuasa manipulasi medan magnet sebagai pertahanan beliau atau rakan – rakannya dan digunakan semasa menyerang.

Michael-B.-Jordan-as-The-Human-Torch-in-Fantastic-Four-Poster-Wallpaper

The Human Torch (Johnny Storm)

Dia adalah adik kepada Susan Storm. Rasanya dia antara yang paling berkuasa di antara mereka berempat. Berkebolehan memanipulasi api dan menghasilakan api pada badannya. Selain itu juga, dia mempuyai kuasa untuk terbang.

Jamie-Bell-as-The-Thing-in-Fantastic-Four-Poster-Wallpaper

The Thing (Ben Grimm)

Ben Grimm berbeza dengan rakan – rakannya yang lain, kerana hanya dia seorang sahaja yang berubah fizikal bentuk badan selepas kemalangan tersebut. Kesan daripada insiden itu, kulit badannya menjadi seperti batu, dan rupanya tidak seperti manusia biasa yang lain. Tetapi disebabkan perubahan fizikal menjadikan ia kebal dan mempunyai kekuatan melebihi manusia biasa. Seorang yang sangat setia, lucu tetapi panas barang.

Walaupun filem ini dikatakan filem reboot, tetapi anda boleh lihat sejarah bagaimana mereka menjadi superhero. Selain itu juga, kita lihat bagaimana mereka menentang penjahat paling licik dan bijak sekali didunia, Dr. Doom – antara pejahat terkuat Marvel.

Fantastic Four akan ditayangkan pada 7 Ogos 2015 (6 Ogos di Malaysia)

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here