Kerana Kicap, Azwan Ali Bakal Disaman

0
524
views
sumber: www.freemalaysiatoday.com
sumber: www.freemalaysiatoday.com

SELEBRITI popular Azwan Ali bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang Tirana Products Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar kicap yang mendakwa Azwan mengeluarkan kenyataan dan video yang bersifat fitnah terhadap produk syarikat tersebut.

Menurut The Rakyat Post, syarikat tersebut yang diwakili oleh peguam Adnan Seman telah memberikan notis tuntutan agar Azwan menyiarkan permohonan maaf bertulis di sebuah akhbar tempatan serta menarik semula kenyataan dan video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, divaazwanavazz sebelum 26 Januari ini.

azwan ali kicap tirana

Pemilik syarikat tersebut, Dr Hilmi Murad Mohamed berkata tindakan tersebut memberi impak buruk kepada syarikat dan berharap Azwan dapat mengambil langkah untuk menjernihkan kembali keadaan.

“Komen-komen yang diberikan agak pedas dan agak melampau. Kalau pun iklan saya itu teruk, tetapi ada cara untuk kita tegur. Tegur dengan cara beradab, kita orang Melayu dan kita beragama Islam,” tambahnya.

azwan ali kicap

Azwan sebelum ini telah memuat naik klip video iklan kicap Tirana dan satu video parodi yang memaparkan dirinya menuang kicap berlebihan ke atas satu hidangan sambil meniru loghat percakapan model yang terlibat dalam iklan tersebut.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here