Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia 27

1
534
views

FFM27

Malam kemuncak anugerah Festival Filem Malaysia 27 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menyaksikan aktres Fazura memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik kerana wataknya yang penuh dengan emosi dan karakter dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Selain itu, trofi Pelakon Lelaki Terbaik pula digondol oleh pelakon Lee Sai Peng yang menampilkan lakonan yang cukup berkesan dalam The Journey sebagai ayah yang berdepan cabaran menjaga hubungan dengan keluarga dalam isu pertembungan budaya.

Manakala filem Lelaki Harapan Dunia memenangi kategori Filem Terbaik, manakala untuk kategori Filem Bukan Dalam Bahasa Melayu Terbaik digondol oleh filem The Journey

Malam kemuncak FFM27 menyaksikan nama-nama besar dalam industri perfileman tanah air berentap dalam kategori-kategori penting.

Sebanyak 20 anugerah menanti giliran untuk diumumkan dalam majlis yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Nabil Ahmad tersebut.

Berikut adalah senarai pemenang pada malam kemuncak FFM27:

  1. Filem Box-Office – The Journey (kutipan RM18 juta)
  2. Penyunting Terbaik – Adilan Azemi (Dollah Superstar)
  3. Sinematografi Terbaik – Eric Yeong (The Journey)
  4. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Raykarl Iskandar (Lelaki Harapan Dunia)
  5. Cerita Asal Terbaik – Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
  6. Lakon Layar Terbaik – Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)
  7. Pengarah Harapan – Raja Mukhriz (Ophilia)
  8. Pelakon Harapan Wanita – Dawn Cheong (Cuak)
  9. Pelakon Harapan Lelaki – Kodi Rasheed (Ophilia)
  10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Nadiya Nisaa (Terbaik Dari Langit)
  11. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Amerul Affendi (Terbaik Dari Langit)
  12. Karyawan Sepanjang Zaman – Othman Hafsham
  13. Anugerah Khas Juri – The Great Lion
  14. Anugerah Khas Juri – Amir & Loqman Pergi Ke Laut
  15. Anugerah Khas Juri – Terbaik Dari Langit
  16. Pelakon Wanita Terbaik – Fazura (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
  17. Pelakon Lelaki Terbaik – Lee Sai Peng (The Journey)
  18. Filem Bukan Dalam Bahasa Melayu Terbaik – The Journey
  19. Pengarah Terbaik – Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
  20. Filem Terbaik – Lelaki Harapan Dunia
Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here