Kenderaan Terbaru Batman Dalam Filem Batman Vs. Superman

0
224
views

batmobile (1)

Dalam filem superhero terbaru Warner Bros, Batman vs. Superman: Dawn of Justicebanyak perubahan ketara pada Batman terutamanya suitnya yang terbaru ala-ala suit Iron Man dan BatCave Batman yang kelihatan lagi moden dari filem sebelumnya.

Kali ini, pihak produksi Warner Bros. mendedahkan kenderaan terbaru Batmobile yang akan digunakan oleh Ben Affleck aka Bruce Wayne aka Batman untuk menentang Superman dalam filem Batman vs. Superman.

Mereka mendedah kenderaan ini kepada umum semasa di studio Warners Bros baru-baru ini. Anda boleh lihat gambar dan video yang menunjukan kenderaan Batmobile terbaru dibawah:

Batmobile terbaru ini hasil gabungan Batmobile versi sebelumnya dan juga kenderaan yang digunakan oleh Batman dalam filem trilogi Dark Knight. Apa kelebihan Batmobile terbaru ini? tidak diketahui, tidak banyak info mengenai Batmobile ini, malah ianya tidak ditunjuk sangat dalan trailer-trailer filem Batman Vs. Superman.

Tetapi berkemungkinan besar, ianya lebih berkuasa daripada versi-versi sebelumnya terutamanya dari versi trilogi Dark Knight. Maklumlah Batman nak lawan dengan Superman kan, kena guna kenderaan yang lagi berkuasa.

Batmobile

Jadi, kalau hendak tahu hebat ke tidak kenderaan ini, kenalah tengok filem ini nanti. Filem Batman v Superman: Dawn of Justice ini akan ditayangkan pada 25 Mac 2016 di pawagam seluruh dunia.

Filem ini dibintangi oleh Henry Cavill sebagai Superman, Ben Affleck sebagai Batman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman dan Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here