Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kenapa Spider-Man Mengambil Masa Yang Lama Untuk Hilang Dalam Avengers: Infinity War


Selepas Thanos berjaya mengumpul kesemua batu infinity dan memetik jarinya, hampir separuh makhluk di angkasaraya termasuklah separuh adiwira Avengers dan Guardians of the Galaxy telah lenyap seperti yang dikehendaki olehnya.

Antara yang turut menjadi mangsa adalah Spider-Man yang turut lenyap menjadi debu. Bagaimanapun, diantara kesemua adiwira Avengers, Spider-Man menjadi adiwira terakhir yang lenyap dan ini menimbulkan persoalan kenapa karakter tersebut mengambil masa yang begitu lama untuk menjadi lenyap.

Menurut salah seorang pengarah Avengers: Infinity War, Joe Russo, abiliti dan kekuatan yang ada pada Spider-Man menyebabkan dia menjadi karakter yang paling akhir lenyap menjadi debu. Abiliti ‘spider-sense’ yang ada pada adiwira tersebut menyebabkan dia dapat mengesan pekara buruk yang bakal berlaku pada dirinya, malah dengan kekuatan yang ada serta jiwa sebagai seorang adiwira membuatkan Spider-Man dapat melawan kesan petikan jari Thanos sehinggalah kekuatannya habis dan turut lenyap bersama adiwira yang lain.

Avengers: Infinity War yang diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo telah menjadi hit seluruh dunia dan berjaya meraih lebih $ 2 billion dollar. Versi digital filem ini telah dilancarkan 31 Julai yang lalu, manakala versi DVD dan Blu-ray akan keluarkan pada 14 Ogos ini.

Sumber: Cbr.com



Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee