Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Kenapa Batman menentang Superman?


Injustice-Batman-Vs-Superman-01

Dan tengok trailer terbaru filem Batman vs Superman: Dawn of Justice? dalam trailer terbaru ini, nampak jelas wajah kemarahan yang meluap-luap Bruce Wayne terhadap Superhero Superman. Dalam trailer itu juga kelihatan mereka seperti sedang bertempur. Persoalan? Kenapa Batman dan Superman bertarung sesama sendiri? Sedangkan mereka berdua adalah Superhero. Mari kita rungkai punca perbalahan mereka.

AMARAN! Entry ini mungkin ‘spoiler’ kepada mereka yang tidak sabar menonton filem DC/Warner Bros ini. 

Terdapat beberapa kemungkinan mengapa Bruce Wayne begitu marah dengan Superman. Pertama, semasa pertarungan Superman dan seorang lagi makhluk asing dari planet Kryptonite, Zed, bandar Metropolis mengalami kemusnahan yang cukup teruk (rujuk filem Man of Steel). Walaupun dalam filem tersebut tidak menunjukkan babak kemalangan jiwa, kita boleh tahu dengan kemusnahan itu, mesti terdapat kematian.

Batman-V-Superman-Trailer-Helmet-Armor-Eyes

Menurut sumber, salah satu bangunan yang musnah dalam pertarungan itu, adalah bangunan yang dimiliki Wayne Industries. Disebabkan ianya melibatkan harta bendanya Bruce Wayne dan kemungkinan pekerja atau kenalan Wayne yang berada dalam bangunan tersebut telah terbunuh dalam pertarungan itu, Bruce Wayne datang ke Metropolis untuk membalas dendam terhadap Superman.

Mungkin disebabkan kisah lampau Bruce yang kehilangan keluarga dan Robin ditangan Joker (Note: dalam trailer terdapat suit Robin) menyebabkan Bruce datang menuntut bela. Lagipun Disebabkan musuh Superman, Zed terbunuh, tinggal Superman yang perlu dipersalahkan oleh Batman atas kemusnahan dan kehilangan nyawa manusia didalam bangunan yang itu.


Pendapat kedua, disebabkan Superman telah menjadi hero, pihak kerajaan telah mengambil Superman untuk berkerja dengan mereka. Dan seperti anda semua tahu, Batman merupakan hero dikalangan rakyat tetapi tidak bagi pihak kerajaan. Superman mungkin telah diarahkan ke Gotham City untuk memburu Batman dan Superman menerima tugasan pertama beliau dan pergi memburu Batman.

batman-v-superman-08

Pendapat ketiga Batman mungkin cemburu dengan Superman yang diagung-agungkan oleh penduduk Metropolis. Bimbang Superman dipuja dan dianggap seperti tuhan, Batman datang ke Metropolis untuk memusnahkan Superman.

Kenapa ada Lex Luthor? Satu lagi ‘spoiler’ bakal menyusul! 

Dalam trailer yang dikeluarkan baru – baru ini, terdapat babak dimana Lex Luthor seolah – oleh cuba mempengaruhi Superman untuk pergi ke Gotham City dan menangkap Batman bagi pihak Lex Luthor. Ini satu perkembangan yang terbaru, kerana buat masa ini ramai menyangkakan yang Batman akan berkerjasama dengan Lex Luthor dan memusnahkan Superman kerana anda semua tahu Lex merupakan musuh Superman. Tetapi dalam filem ini, tidak diketahui bagaimana Lex mempengaruhi Superman? adakah Lex merupakan orang penting agensi kerajaan Amerika?

lex1-gal-gadot-s-wonder-woman-working-for-lex-luthor-or-bruce-wayne-jpeg-276601

Semua diatas sekadar pendapat, klu dari trailer dan info yang didedahkan oleh pengarah filem tersebut. Ini mungkin memberi sedikit gambaran kepada penonton yang tertanya-tanya kenapa Batman perlu bertarung dengan Superman yang begitu luar biasa kekuatannya. Percaya atau tidak terpulang kepada anda, kita tunggu filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2016 untuk mengentahui cerita sebenar atau, jika terdapat rumours terbaru, kami akan tulis mengenainya.

Akan datang: Bagaimana Batman akan menentang Superman?


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Wonder Woman 3 Tidak Akan Berlaku Dalam DCU Sama Sekali

Kakimuvee

Christian Bale Enggan Membuat Penampilan Cameo Dalam Filem The Flash

Kakimuvee

WONDER WOMAN: Gal Gadot Goda Kepulangannya Ke DCU

Kakimuvee

Jensen Ackles Berpotensi Bawa Watak Batman Dalam Filem Terbaru Batman, ‘The Brave and the Bold’

Kakimuvee

Trailer ‘Heart of Stone’ Goda Filem Pengintipan Lakonan Gal Gadot

Kakimuvee