Kenapa Anda Perlu Menonton Filem Jibam? Ini Sebabnya.

0
70
views
Jibam 2017

Pernahkah anda membaca novel Jibam karya kartunis terkenal iaitu Ibrahim Anon, atau lebih dikenali sebagai Ujang? Jika yang pernah pastinya tidak sabar untuk menonton sebuah filem adaptasi dari novel berkenaan yang berjudul Jibam. 

Sejak pengumuman pembikinan filem tersebut, rata-rata peminat novel berkenaan dan juga peminat kartunis Ujang menyatakan mereka tidak sabar menantikan filem tersebut dan meletakkan Jibam antara filem-filem tempatan yang wajib ditonton oleh mereka.

Kami di Kakimuvee belum berkesempatan untuk menonton filem berkenaan, tetapi kami dapat rasakan, Jibam bakal memberi satu impak yang cukup besar kepada peminat-peminat filem tempatan dan juga bakal menyengat seperti mana filem-filem box office tempatan seperti Tombiruo dan Abang Long Fadil 2. 

Ok disini, kami ingin kongsikan penulisan dari salah seorang individu yang berpeluang menonton lebih awal filem Jibam baru-baru ini. Bagi penulis berkenaan, Jibam adalah antara filem Melayu yang wajib ditonton oleh rakyat Malaysia dan ini sebab-sebabnya kenapa anda perlu menontonnya:-

  • Orang lebih mengenali Ujang sebagai kartunis, namun beliau juga pernah menghasilkan novel, antaranya Jibam yang cukup popular pada era 90-an.
  • Bagi yang pernah membaca novel Jibam, pastinya cukup sinonim dengan watak-watak seperti Jibam, Tok Ngah Sudin, Usin Singai.
  • Watak Jibam dilakonkan oleh Mohd Ariff Abdullah. Ariff sebelum ini terkenal dengan watak Buntat dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku. Namun, Ariff terlebih dahulu berlakon dalam filem Jibam sebelum membintangi drama bersiri berkenaan.
  • Ternyata lakonan Ariff sebagai Jibam cukup memberangsangkan, meskipun kali pertama berkecimpung dalam dunia lakonan.
  • Bukan mudah untuk mengadaptasi sebuah karya novel ke layar perak, namun pengarah sudah menghasilkan yang terbaik untuk menjadikannya sebuah filem yang menarik untuk ditonton.
  • Jibam turut menampilkan barisan pelakon yang mantap seperti Kazar Saisi, Bohari Ibrahim, Kamarool Hj Yusoff, Syafie Naswip, Fadlan Hazim, Mia Ahmad dan ramai lagi.
  • Lakonan Bohari Ibrahim yang membawakan watak Tok Ngah Sudin yang akhirnya menjadi gila juga wajar diberi pujian.
  • Secara kesimpulannya, filem Jibam kalau dilihat secara keseluruhannya memaparkan realiti kehidupan sebenar dan memberi banyak pengajaran.
  • Penulis yakin, bagi yang sudah menonton filem ini di pawagam pasti mahu terus ke kedai buku untuk mendapatkan novel Jibam.

Filem Jibam akan memulakan tayangannya diseluruh negara pada 7 Disember 2017

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here