Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Kenali Sut-Sut Iron Man Yang Dicipta Khas Untuk Menentang Musuhnya


Sumber gambar: www.quirkybyte.com

Anthony Edward “Tony” Stark atau dikenali juga sebagai Iron Man merupakan seorang manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa abiliti yang membolehkannya menjadi seorang superhero. Namun Tony Stark mempunyai 2 kelebihan ini, genius dan kaya raya.

Kelebihan itulah yang membolehkannya untuk menjadi seorang superhero dan menjadi watak penting dalam Avengers. Menggunakan kelebihan IQ yang tinggi dan hartawan, dia telah mencipta sut Iron Man yang digunakannya untuk menentang supervillain.

Namun terdapat juga beberapa supervillain yang lebih hebat dan berkuasa darinya seperti Magneto dan Hulk. Jika dia menggunakan sut yang biasa digunakannya, musih seperti Magneto dengan mudah merobek sut besinya kerana kelebihan Magneto yang dapat mengawal besi. Malah, dia dengan mudah dapat ditumbuk oleh Hulk kerana kekuatan Hulk lebih kuat berbanding sut Iron Man yang biasa digunakannya.

Tetapi disebabkan kebijaksanaan dan kekayaannya, Tony telah mencipta beberapa sut yang dirasakan sesuai untuk digunakannya apabila menentang lawan yang lebih kuat. Mari kita lihat apa sut-sut yang dicipta oleh karakter tersebut.

Anti-Magneto Suit (Avengers vs X-Men)

Armor ini dicipta khas untuk menentang Magneto. Dengan menggunakan teknologi “Carbon Nanotubes” untuk menghasilkan sut ini, Iron Man imun dari abiliti Magneto yang mampu mengawal logam.


Heavy Duty Armor Mark I (Marvel Now! Believe)

Heavy Duty Armor Mark I adalah sut sementara yang digunakan oleh Iron Man untuk menentang Hulk selepas armor Hulkbuster nya musnah.

Thorbuster Armor (Invicible Iron Man: Stand Off)

Berdasarkan nama sut sahaja kita boleh ketahui ianya dicipta untuk menetang siapa. Thorbuster Armor dicipta untuk menentang dewa petir iaitu Thor, dan sut ini diletakkan kristal dari Asgard bagi menangkis serangan petir dari Thor.

Phoenix Killer Armor (Avengers vs X-Men)

Phoenix Killer Armor ini dicipta semasa pertelagahan diantara Avengers dan X-Men, dan dibuat bagi menangkis serangan Phoenix Force. Walaupun sut ini tidak dapat menandingi kekuatan Phoenix Force, ia sekurang-kurangnya berjaya memberi cabaran lawannya itu.

Hulkbuster Mark II (World War Hulk)

Tony Stark paling takutkan amukkan Hulk sekiranya Bruce Banner tidak dapat mengawal diri. Stark telah mencipta banyak armor bagi menangkis serangan dan membelasah Hulk, dan Hulkbuster Mark II antara salah satunya.

Anti Transformers Armor (Avengers/Transformers: Man & Machine)

Siri crossover diantara Avengers dan Transformers. Tony Stark mencipta Anti-Transformers Armor untuk menandingi saiz Transformers.

Galactus Buster Armor (Armor Wars)

Galactus merupakan antara supervillain yang paling berkuasa dalam Marvel Universe. Walaupun Iron Man tidak memiliki abiliti luarbiasa, dia juga tidak mahu ketinggalan menewaskan Galactus. Jadi dia telah mencipta sebuah armor khas yang dinamakan Galactus Buster untuk menentang penjahat dari galaksi itu. Galactus Buster adalah armor yang paling besar selepas Phoenix Killer Armor

Sorcerer Supreme Armor (What if…Starring Iron Man)

Dalam “alternate universe”, Tony membantu Dr. Strange, selepas terlibat dengan kemalangan, dengan mencipta sut Sorcerer Supreme Armor. Selain mempelajari magik untuk menjadi ‘sorcerer supreme’, Dr. Strange turut menggunakan armor ini  untuk menentang Dormamu. Sut ini turut diletakkan Eye of Agamotto

The Argonauts

Sama seperti Iron Legion dalam filem Iron Man 3, dan The Argonauats ini bukan sahaja dicipta untuk menentang musuh-musuh yang tertentu seperti Hulk, malah ia juga boleh dikawal secara jauh oleh Tony Stark, seperti ‘drone’.

Cold Iron Armor (Iron Man Vol 5 #24)

Armor yang direka secara spesifik untuk alam magik berbanding dunia manusia. Dengan bantuan Shevaun Haldane, sut biasa Iron Man diubah menjadi Cold Iron Armor, yang membantu Tony Stark bertahan di dunia Dark Elves. Sut yang diperbuat dari besi sejuk ini akan melemahkan Dark Elves dan imun dari serangan magik termasuklah dari Malekith

Fin Fang Foombuster (Tony Stark: Iron Man #1)

Fin Fang Foom, makhluk “shape-shifter” berbentuk naga ini adalah musuh klasik Tony Stark. Untuk menentangnya, Stark perlu mencipta satu sut khas, yang mampu menewaskan naga tersebut. Seperti Thorbuster dan Hulkbuster, Stark mencipta FIn Fan Foombuster, yang rekabentuk hampir sama dengan mecha Power Rangers

Anti-Celestial Armor (Iron Man Vol 5 #12)

Terdapat armor yang dicipta oleh bangsa asing purba khusus untuk melawan Celestials. Berdasarkan teknologi bangsa purba itu, Tony Stark mencipta versinya sendiri dan meletakkan armor ini di planet Marikh. Anti-Celestial Armor atau dikenali sebagai The Godkiller, dibuat khusus untuk membunuh Celestial.

The Godbuster Armor (Tony Stark: Iron Man #10)

Ciptaan terhebat Tony Stark, hasil dari kehebatan abiliti kreativitinya selepas berjaya keluar dari realiti maya eScape. Kehebatan armor ini bukah sahaja dapat menumpaskan Motherboard, AI terhebat ciptaan Stark, malah sangat merbahaya kepada umat manusia sehingga terpaksa memusnahkannya.

Hulkbuster (Live-action – Age of Ultron)

Membuat kemunculan live-action pertama dalam filem Avengers: Age of Ultron. Dicipta secara khusus oleh Tony Stark untuk menentang Hulk.

Artikel ini dikemaskini pada 9 Januari 2020. Sumber: CBR, Screenrant, Marvel Fandom


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee