Kenali 6 Simbol Dalam Star Wars Universe

0
675
views

Setiap kali anda menonton filem-filem Star Wars, adakah anda perasan pada simbol-simbol yang ditunjukan dalam filem tersebut terutamanya simbol yang digunapakai oleh Rebel Alliance dan The Resistance? Biasanya anda boleh perasan simbol-simbol ini pada helmet juruterbang X-Wing ataupun pada uniform mereka.

Tahukah anda setiap simbol dalam filem Star Wars melambangkan sesuatu organisasi dalam Star Wars Universe samada organisasi baik mahupun organisasi jahat. Disini kami ingin kongsikan 6 simbol yang boleh anda lihat dalam Star Wars Universe.

 

1 Rebel Alliance / The Resistance

Rebel Alliance ditubuhkan semasa galaksi dibawah penguasaan Galactic Empire. Simbol-simbol yang digunakan oleh Rebel Alliance ini seringkali dapat kita lihat pada helmet-helmet juruterbang X-Wing dalam filem asal Star Wars. Simbol ini juga digunakan oleh The Resistance dalam filem Star Wars: A Force Awakens. The Resistance ditubuhkan oleh Princess Leia Organa untuk memerangi First Order yang diketuai oleh Supreme Leader Snoke. Selain helmet juruterbang, anda boleh lihat simbol ini pada uniform anggota The Resistance dalam filem A Force Awakens.

2. Galactic Empire

Selepas The Clone Wars, Galactic Empire muncul bagi menggantikan Galactic Republic. Ketuanya, Emperor Palpatine menggantikan Simbol Galactic Republic dengan simbol Galactic Empire. Simbol-simbol ini berada di planet-planet yang dikuasai oleh Empire samada dalam bentuk bendera atau propaganda poster.

3. First Order

Selepas Battle of Jakku, Galactic Empire telah tewas sepenuhnya dan telah menandatangani perjanjian keamanan dengan New Republic. Bagaimanapun First Order muncul disebalik sisa-sisa yang ditinggalkan oleh Galactic Empire dan diketuai oleh Supreme Leader Snoke. Simbol-simbol ini anda boleh lihat dalam filem Star Wars: A Force Awaken pada bangunan-bangunan First Order dalam filem tersebut.

4. New Republic

New Republic terbentuk selepas Battle of Endor, selepas memenangi perang di Endor, Rebel Alliance telah membentuk kembali Republic dan terus memerangi saki-baki Galactic Empire sehingga berlakunya Battle of Jakku dimana Galactic Empire ditewaskan sepenuhnya.

5. Galactic Republic

Galactic Republic wujud sehinggalah berlakunya Clone Wars dan sebelum terbentuknya Galactic Empire. Galactic Republic bersekutu dengan Jedi Order untuk memerintah galaksi dan memerintah secara demokratik menerusi Galactic Senate. Selepas Senator Palpatine menjadi ketua Galactic Republic, dia mengarahkan Order 66 dan menggantikan Republic dengan Galactic Empire.

6. Jedi Order

Jedi Order dianggap sebagai galaksi ‘peacekeeper’ dan berkerjasama dengan Galactic Republic. Jedi Order hampir dihapuskan sepenuhnya selepas Palpatine mengarahkan Oder 66 yang mahu semua Jedi dihapuskan. Namun terdapat saki baki Jedi yang berjaya melarikan diri dan bersembunyi dari diburu oleh Galactic Empire.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here