Kek Thanos Menjadi Santapan Buat Krew Produksi Selesai Penggambaran filem Avengers 4

0
401
views

Thanos Cake

Filem Marvel akan datang, Avengers 4 arahan Anthony dan Joe Russo sudah hampir diselesaikan apabila mereka baru sahaja selesai sesi penggambaran filem berkenaan hari ini. Pengarah berkenaan telah memuatnaik gambar kek Thanos dengan caption “wrap cake” menandakan mereka kini memasuki fasa ‘post-production’ sebelum ia siap sepenuhnya.

Filem yang masih belum mempunyai tajuk rasmi itu bakal menyambung dari filem Avengers: Infinity War dan akan menjadi filem terakhir fasa ketiga Marvel Cinematic Universe sebelum mereka memasuki fasa keempat.

Malah filem itu juga akan menjadi penentu tentang nasib beberapa superhero utama Marvel sama ada watak mereka akan diteruskan atau dimatikan.

Avengers 4 akan dibintangi hampir kesemua pelakon utama filem-filem Marvel, antaranya Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Mackie, Paul Bettany, Elizabeth Olson, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Sebastian Stan, Don Cheadle, Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Pom Klementieff, Benedict Cumberbatch, Benedict Wong, Sean Gunn, Tom Holland, Paul Rudd, dan Josh Brolin. Beberapa watakb atau pelakon lain mungkin akan muncul dalam filem ini, cuma buat masa ini, ia dirahsiakan dari peminat-peminat filem berkenaan.

Avengers 4 bakal menemui penonton pada 3 May 2019 manakala filem sebelumnya, Avengers: Infinity War akan ditayangkan pada 4 May 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here