Karya Lat, Kampung Boy Akan ke Layar Perak

0
453
views

Selepas diangkat ke siri televisyen dan juga ke pentas muzikal, kini karya kartunis Lat berjudul Kampung Boy akan diangkat ke layar perak pula. Lebih menarik, ia akan diarahkan oleh pengarah dari Perancis.

Menurut laman Cinemaonline, Lat atau nama sebenar Datuk Mohammad Nor Khalid menyatakan yang beliau begitu teruja dapat bekerjasama dengan pengarah tersebut dia pernah menonton filem arahan pengarah itu yang berkisarkan tentang kehidupan kanak-kanak Vietnam pada tahun 50an.

“Ada ramai kawan-kawan orang filem yang berminat mengadaptasikan karya saya kepada filem dalam bentuk kehidupan sebenar. Saya kata, cukuplah, saya sudah letih berbual mengenai Kampung Boy. Tetapi apabila menerima tawaran pengarah dari Eropah yang ingin memfilemkannya, terpaksalah saya berbincang,” ujar kartunis berkenaan kepada Utusan Online.

Kartunis Lat mendedahkan, beliau tertarik dengan tawaran itu adalah kerana terdapat pihak produksi yang mahu mengetengahkan kebudayaan dan kehidupan Melayu di kampung, dan Malaysia, yang mana orang luar negara tidak tahu mengenainya.

Kepada yang pernah membaca komik atau menonton siri televisyen Kampung Boy, apa pendapat anda sekiranya filem ini berjaya direalisasikan?

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here