Karakter X-Men: Apocalypse Ini Tidak Akan Muncul Dalam Filem X-Men: Dark Phoenix

0
407
views

Walaupun filem X-Men: Dark Phoenix adalah sambungan kepada filem X-Men: Apocalypse, tidak semua watak dalam filem sebelumnya itu akan muncul dalam filem terbaru terbitan Fox Studio itu.

Menurut laman web comicbookmovie.com, salah seorang watak utama dalam filem X-Men: Apocalypse tidak akan muncul dalam filem terbaru X-Men itu nanti. ejen CIA, Moira MacTaggert yang memorinya dikembalikan oleh profesor Charles Xavier dalam filem X-Men: Apocalypse dan telah membina satu hubungan romantik dengan diantara kedua-dua karakter tersebut dikatakan tidak akan berada dalam filem terbaru X-Men yang akan ditayangkan pada tahun ini.

Pekara berkenaan disahkan sendiri oleh pelakonnya, Rose Byrne. Aktres berkenaan mendedahkan gembira kembali berlakon dalam filem superhero itu pada tahun 2016, bagaimanapun dia berkata tidak kembali dalam flilem tahun ini.

“Unfortunately, Moira is not showing up,”“I wish she was. I had such fun on X-Men: Apocalypse. I love that cast. It is a really fun, what do you call it? Superhero film… ensemble exactly. I can’t wait to see what [Jessica Chastain] does, cause I’m such a fan.”

Jadi kepada peminat yang mengharapkan ‘kekasih’ profesor Charles Xavier muncul dalam filem X-Men: Dark Phoenix, anda terpaksa melupakannya kerana watak Moira MacTaggert tidak akan kembali dalam terbaru ini nanti.

X-Men: Dark Phoenix akan menemui penonton pada 2 November 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here