Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Karakter Utama MCU Yang Tiada Dalam Trailer Terbaru Avengers: Infinity War


Trailer terbaru filem Avenges: Infinity War telah pun dilancarkan sebentar tadi, dan penonton telahpun menyaksikan sebuah trailer filem yang cukup ‘intense’ sehinggakan penonton tidak sabar menunggu tarikh tayangan filem ini.

Walaupun filem terbaru Marvel ini dkatakan akan menghimpunkan kesemua watak utama (yang masih hidup) Marvel Cinematic Universe, namun tidak semuanya muncul dalam trailer filem berkenaan.

Kami sebelum ini pernah menyenaraikan karakter-karakter yang tidak ditunjukkan dalam trailer pertama Avengers: Infinity War, dan selepas menonton trailer kedua ini, kami dapat hanya beberapa nama sahaja dalam senarai sebelum telah disingkirkan kerana karakter mereka telahpun dalam trailer terbaru, manakala karakter utama yang lain masih menjadi tanda tanya sama ada mereka yang menyerta superhero lain menentang Thanos ataupun tidak. Jadi siapakah karakter utama MCU yang masih belum ditunjukan dalam trailer? jom kita senarai dibawah.

1 Clint Barton/Hawkeye.

Salah satu watak yang cukup ‘familiar’ dalam MCU, tetapi ketiadaannya dalam trailer mengundang seribu persoalan samada beliau akan muncul dalam filem ketiga Avengers itu atau tidak. Dalam senarai pelakon di laman IMDb, nama Jeremy Renner yang membawakan watak Hawkeye tertera dalam barisan pelakon Avengers: Infinity War, tetapi terdapat ura-ura dari beberapa laman web antarabangsa yang mengatakan, watak ini mungkin hanya muncul dalam Avengers 4 dan tidak muncul dalam Avengers 3 kerana dia dalam persembunyian ataupun berkabung disebabkan kematian ahli keluarganya.

Apapun kita nantikan filem Avengers 3 untuk melihat samada Clint Burton akan menyertai ahli Avengers yang lain memerangi Thanos dan Black Order. Tetapi yang pasti, Clint Burton sah akan muncul dalam Avengers 4 dengan penampilan terbaru sebagai Ronin.


2. Ant-Man and The Wasp.

Paul Rudd juga seperti Jeremy Renner yang mana namanya tersenarai dalam senarai pelakon Avengers: Infinity War dilaman IMDb, tetapi tidak Evangeline Lilly yang membawakan watak The Wasp. Evangeline hanya disahkan menyertai Avengers dalam filem keempat. Khabar angin mengatakan timeline filem Ant-Man and The Wasp akan berlaku sebelum event Infinity War, jadi kita boleh assume, The Wasp mungkin pergi ke Quantum Realm (mungkin!) manakala Paul Rudd aka Ant-Man mungkin atau tidak sertai Avengers dalam Infinity War.

3. Nebula

Karen Gillan juga disahkan dalam senarai pelakon Avengers: Infinity War. Walaupun wataknya tiada dalam trailer, dia tetap akan muncul dalam filem Avengers 3 mengambil kira hubungannya dengan Thanos yang merupakan ayahnya. Nebula mungkin akan sertai Guardians of the Galaxy yang pergi ke Bumi untuk menentang Thanos.

4. Valkyrie

Sejak kemunculannya dalam Thor: Ragnarok, watak yang dilakonkan oleh Tessa Thompson ini menjadi bualan peminat-peminat Marvel. Namanya dalam IMDb buat masa ini disahkan sebagai ‘rumor’ sahaja, tetapi jika mengambil kira ‘mid-credit scene’ dalam filem Thor: Ragnarok yang menuju ke arah Infinity War, kemungkinan Valkyrie akan muncul menyertai superhero yang lain dalam menentang Thanos..melainkan dia terbunuh semasa kapal perang Thanos menyerang kapal angkasa Asgardians.

5. The Collector/Taneleer Tivan

Taneleer Tivan antara watak penting dalam Avengers: Infinity War kerana beliau merupakan penjaga kepada Reality Stone. Walaupun trailer rasmi tidak menunjukkan pemilih Batu Infinity Reality Stone ini, tetapi ‘leaked’ video klip Infinity War mengesahkan beliau akan muncul dalam filem Avengers: Infinity War.

6. Peppers Potts

Setelah lama tidak memunculkan diri selepas filem Iron Man 3, akhinya love interest Tony Stark muncul kembali dalam filem Spider-Man: Homecoming. Watak Peppers Potts tidak kelihatan dalam trailer Infinity War, tetapi nama Gwyneth Paltrow tertera dalam senarai pelakon di IMDb dan gambarnya terlibat dalam pengambaran Infinity War juga dikongsikan oleh Jon Favreau di laman sosial.

Avengers: Infinity War akan menemui penonton pada 26 April 2018


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee