Karakter Superhero Paling Kuat Dalam Avengers: Infinity War

0
277
views

Demam filem Avengers: Infinity War masih lagi panas sejak ia mula ditayangkan pada 25 April yang lalu. Ramai yang masih lagi memperkatakan tentang filem berkenaan dan ramai juga yang belum dapat menerima hakikat terhadap kejutan demi kejutan yang ditunjukkan dalam filem tersebut.

Apapun kita biarkan apa yang telah berlaku kerana masih ada lagi sambungannya yang akan menyimpulkan segala cerita dan menjawab persoalan-persoalan yang sedang bermain diminda para penonton ketika ini.

Seperti yang anda semua tahu, kehebatan filem Avengers: Infinity Ini bukan sahaja tertumpu terhadap pencarian muktamat Infinity Stone oleh Thanos, malah penampilan lebih kurang 76 karakter dalam satu filem Marvel antara penyebab kenapa filem ini menjadi filem yang paling dinantikan oleh kaki-kaki wayang. Dari 76 karakter, lebih kurang 23 superhero Marvel telah dipertontonkan dalam filem ini dan mereka bergabung tenaga untuk menghalang Thanos serta anak-anaknya yang dikenali sebagai Black Order dari mengumpulkan batu-batu infiniti. Dari 23 superhero tersebut, siapakah diantara mereka yang paling hebat? dan siapakah yang memberi sumbangan besar dalam cubaan mereka menghentikan pemburuan Thanos? Disini kami kongsikan pilihan kami, 10 karakter superhero yang paling kuat dalam Avengers: Infinity War.

*AMARAN!! SELEPAS BARISAN INI, TERDAPAT MAJOR SPOILER UNTUK FILEM AVENGERS: INFINITY WAR, ANDA DINASIHATKAN UNTUK TIDAK MENERUSKAN BACAAN SEKIRANNYA MASIH BELUM MENONTON AVENGERS: INFINITY WAR.*

10. General Okoye

Kehebatan Jeneral Wakanda dan orang kanan Black Panther ini memang tidak dapat disangkal lagi. Kemampuannya bertempur sama hebatnya dengan Natasha Romanoff atau mungkin lebih hebat. Beliau bersama-sama Natasha Romanoff telah menentang Proxima Midnight semasa “Battle of Wakanda” sebelum Proxima Midnight dibunuh oleh Scarlett Witch.

9. Mantis

Anggota baru Guardians of the Galaxy ini mungkin nampak seperti tiada fungsi, tetapi dalam filem kali ini, dia memperlihatkan kemampuannya yang sebenar dengan mampu mengawal minda Thanos yang pada waktu itu sudah memiliki 5 batu infiniti. Jika tidak disebabkan emosi tidak terkawal Star-Lord, Mantis mungkin mampu bertahan lebih lama dan mereka mungkin dapat merampas Infinity Gauntlet dari Thanos.

8. Natasha Romanoff

Kemampuan Natasha Romanoff aka Black Widow dalam filem kali ini benar-benar mengejutkan. Walaupun abilitinya tidak sehebat Captain America dan Iron Man, beliau mampu menentang Proxima Midnight dan Corvus Glaive, malah beliau turut mampu mencederakan Corvus Glaive semasa dia, Captain America serta Falcon cuba menyelamatkan Vision dan Wanda dari kedua-dua anggota Black Order itu.

7. Star-Lord

Star-Lord aka Peter Quill ini mungkin karakter paling dibenci selepas Avengers: Infinity War. Manakan tidak, disebabkan dia tidak mampu mengawal perasaan, rancangan mereka untuk merampas Infinity Gauntlet dari Thanos gagal. Tapi jangan dilupa, dia antara karakter yang tidak mempunyai ‘superpower’ (selepas dia membunuh Ego sekaligus membuatkan kuasa Calestial yang ada pada dirinya hilang), namun rancangannya untuk memerangkap Thanos telah berjaya dan hampir membuatkan supervillain itu tewas.

6. Captain America

Kemampuan Captain America serta Black Widow dan Falcon benar-benar mengejutkan Proxima Midnight dan Corvus Glaive. Dua anggota Black Order tidak menyangka bahawa Bumi memiliki pahlawan yang hebat dan mampu mematahkan serangan mereka. Captain America juga mengetuai bersama-sama Black Panther semasa “Battle of Wakanda”. Keupayaannya menahan hentakkan Thanos telah menyebabkan Mad Titan itu terkejut, namun Captain tetap tewas ditangan supervillain itu. Bagaimanapun, sifat ‘leadership’ yang ada pada diri Captain America membuatkan dia layak untuk berada dalam senarai 10 karakter superhero paling kuat dalam Avengers: Infinity War.

5. Spider-Man

Dengan bantuan suit Iron Spider Armor yang sempat diberikan Tony Stark, abilitinya semakin meningkat, ini boleh dilihat semasa bertarung dengan Thanos di Planet Titan. Kelincahannya juga berjaya menyebabkan Thanos terperangkap dan dia hampir merampas Infinity Gauntlet. Malah dia turut berjaya menyelamatkan beberapa rakannya dari terbunuh. Selain itu juga, idea dia  juga menyebabkan Ebony Maw berjaya ditewaskan dengan disedut keluar dari kapal angkasanya.

4. Thor

Diawal permulaan cerita, Thor ibarat seperti tikus apabila berhadapan dengan Thanos, namun disebabkan dendamnya terhadap penjahat tersebut dan selepas memiliki Stormbreaker, karakternya berubah sama sekali. Kemunculannya semasa “Battle of Wakanda” boleh dianggap babak paling dramatik dalam Avengers: Infinity War. Malah kehebatan Stormbreaker juga sangat mengejutkan, ia mampu menangkis kuasa yang ada pada Infinity Stone sebelum senjata milik Thor itu hinggap ke dada Thanos. Sayangnya, bak kata Thanos, Stormbreaker sepatutnya hinggap ke kepala Mad Titan itu.

3. Wanda Maximoff

Seperti Natasha Romanoff, Kehebatan Wanda Maximoff benar-benar ditonjolkan dalam filem kali ini. Dia bukan sahaja mampu menangkis serangan dua anggota Black Order di London, malah turut membunuh Proxima Midnight semasa “Battle of Wakanda”. Dia juga mampu menahan Thanos semasa mahu memusnahkan Mind Stone yang ada pada dahi Vision. Sayangnya, Thanos sudah memiliki Time Stone, usaha Wanda sia-sia sahaja apabila Thanos memutar kembali masa dan merampas Mind Stone dari Vision.

2. Doctor Strange

Antara watak paling ‘OP (overpower)’ dalam Avengers: Infinity War. Ramai yang mempersoalkan kenapa Doctor Strange tidak menggunakan teknik yang sama ketika Doctor Strange menghentikan serangan Dormammu. Jika dia menggunakan teknik tersebut, Time Stone akan terdedah dan senang untuk dirampas oleh Thanos sebelum dia sempat menggunakannya. Thanos pada masa itu sudah memiliki 4 Infinity Stone, jadi sukar untuk Doctor Strange menggunakannya bagi menghentikan Thanos. Lagipun perancangan superhero di Planet Titan adalah untuk merampas Infinity Gauntlet dari Thanos bukannya untuk memerangkapnya dalam perangkap masa. Walaupun begitu tanpa menggunakan Time Stone, Doctor Strange mampu menyerang Thanos dengan hebat dan mencipta helah agar superhero lain dapat memerangkap Thanos.

1 Iron Man

Mungkin ramai tidak bersetuju dengan pilihan ini, tetapi bagi saya, Iron Man adalah watak yang paling OP dalam filem ini. Dia mampu menentang anggota Black Order, malah berkemampuan untuk menentang Thanos dan menyerang supervillian itu bertubi-tubi sehingga saat-saat akhir dikala superhero lain telah tewas. Sifat tidak putus asanya dapat dilihat dalam pertarungan 1 lawan 1 dengan Thanos sehinggakan sut Bleeding Edge Armor hampir musnah. Thanos sendiri menyatakan kekaguman terhadap Iron Man aka Tony Stark sebelum dia cuba membunuhnya. Mujur Doctor Strange menukar nyawa Iron Man dengan Time Stone.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here