Kampung Drift filem terbaru Pekin Ibrahim

0
209
views

Pekin-Ibrahim

Aktor Pekin Ibrahim bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul Kampung Drift yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran.

Dalam filem tersebut, Pekin akan bergandingan dengan Syafie Naswip dan Pablo Amirul.

“Kampung Drift” mengisahkan tentang seorang lelaki yang mahu menunaikan impian ayahnya untuk menjadi juara drifter.

Selain itu, pelakon “Bunohan” itu juga bakal muncul dengan filem “Juvana 2” yang akan ditayangkan pada 29 Oktober ini bersama Zahiril Adzim, Johan As’ari dan ramai lagi.

Manakala filem pertama arahannya “Mat Motor” pula dijangka akan menemui penonton pada 13 Januari 2016.

Dalam pada itu, Pekin juga menyuarakan rasa terkejutnya apabila khabar angin mengenai kematiannya tersebar baru-baru sehingga menimbulkan kekecohan.

“Ketika saya sedang bermesyuarat telefon bimbit saya menerima banyak panggilan sehingga kehabisan bateri. Selepas selesai mesyuarat saya caj telefon bimbit dan terkejut apabila menerima hampir 200 panggilan dan notifikasi media sosial mengenai berita palsu mengenai saya meninggal dunia,” katanya kepada Murai.

Berikutan itu, Pekin berkata dia terus menghubungi keluarganya bagi menjelaskan keadaan sebenarnya supaya keluarga tidak risau akan dirinya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here