Kaitannya Dengan DBI, Zamarul Hisham Berharap Filem Blok 404 Tidak Diboikot

0
20
views

Salah seorang pelakon filem Blok 404, Zamarul Hisham berharap filem seram terbaru lakonannya itu tidak menjadi isu seperti pementasan teater “Kontena 404” selepas penerbitnya yang juga Pengarah Urusan DBI Properties, Dato’ Nuruliman A Rahman atau Boy Iman ditahan bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah.

Zamarul berkata demikian selepas pementasan teater “Kontena 404” di Istana Budaya yang dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober ini didesak oleh netizen supaya dibatalkan.

“Penonton telefilem “Blok 404″ yang diterbitkan 16 tahun lalu menyambut baik apabila Boy Iman menghasilkan kembali filem itu dengan jalan cerita lebih menarik. Mereka tidak sabar menantikan filem ini ditayangkan di pawagam.”

“Tapi saya dan semua pelakon lain tidak terbabit dan mengapa kami harus diheret sekali dalam isu ditimbulkan. Kami semua tidak bersalah dan karya dan kerja keras yang sudah dilakukan untuk filem itu tidak seharusnya dihukum dan dijadikan mangsa,”  – Zamarul Hisham

Tambah Zamarul lagi, kesemua pelakon bekerja untuk mencari rezeki halal di samping menjayakan karya yang diminat ramai.

Dalam pada itu, dia berharap agar peminat terutamanya peminat telefilem itu tidak ambil pusing mengenai isu yang berlaku dan pergi ke pawagam untuk menonton filem ini apabila ia ditayangkan di pawagam kelak.

Telefilem Blok 404 merupakan sebuah telefilem seram yang cukup popular pada tahun 2003. Ianya dibintangi oleh NurulIman, Mohd Faizal Nabila Huda, Raja Azri, KK Choi, Ahmad B, Zamarul Hisham. Populariti telefilem berkenaan mendorong Nuruliman atau dikenali sebagai Boy Iman kembali menghasilkan semula telefilem berkenaan dan diangkat menjadi sebuah filem.

Blok 404 kini sedang dalam pengambaran dan dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here