Kaitan Amaran Flash Kepada Bruce Wayne Terhadap Filem Justice League

0
27
views

Ramai yang menghantar ‘PM’ ke inbox kami mengenai Bruce Wayne yang bermimpi Flash datang memberi amaran dalam filem Batman V Superman yang mana mimpi tersebut seolah-olah memberi hint dan amaran kepada Bruce mengenai Lois Lane dan juga Superman.

*AMARAN!! ARTIKEL INI MENGANDUNGI SPOILER UNTUK FILEM JUSTICE LEAGUE*

Amaran yang diberikan oleh Flash berbunyi lebih kurang begini:

“Bruce! Listen to me right now! It’s Lois! Lois Lane! She’s the key! Am I too soon!? I’m too soon! You were right about him! You were always right about him! Fear him! Fear him! And find us. You have to come find us, Bruce!

Apa yang dimaksudkan oleh Flash itu? Ok, kita mulakan interpretation amaran Flash sebelum Justice League ditayangkan.

Dalam filem Batman V Superman, Bruce Wayne sudah lama menganggap Superman adalah ancaman kepada penduduk Bumi walaupun penduduk Bumi beranggapan Superman adalah penyelamat mereka. Ini kerana keupayaan yang ada pada superhero terbabit menjadikan dia amat mustahil untuk ditewaskan oleh mana-mana superhero atau metahuman yang ada. Jadi Bruce Wayne beranggapan, Superman suatu hari nanti mungkin akan berubah menjadi jahat di masa hadapan dan menguasai Bumi.

Saya menyatakan demikian kerana ia merujuk kepada siri komik Injustice: Gods Among Us dimana Superman telah berubah menjadi diktator yang amat kejam setelah Joker membunuh kekasihnya Lois Lane. Malah terdapat babak mimpi Bruce Wayne dalam filem Batman V Superman yang menunjukkan Batman telah berubah menjadi seperti pemberontak yang cuba merampas sesuatu dalam sebuah trak sebelum Batman dan ahli kumpulan pemberontaknya itu diserang oleh askar-askar yang memakai insignia Superman. Askar-askar yang memakai Insignia Superman, suit yang dipakai oleh Batman serta situasi dalam mimpi tersebut, serta personiliti Superman pada waktu itu sama seperti yang ditunjukkan dalam komik Injustice: Gods Among Us dimana Bumi pada masa itu telah diperintah secara diktator oleh Superman

Jadi Flash mungkin memberi amaran kepada Bruce agar mengelakkan Lois Lane dari dibunuh Joker atau siapa sahaja serta takutkan kekuatan yang ada pada Superman kerana, sekiranya insiden itu terjadi, tiada siapa yang mampu menghalang Superman.

Bagaimanapula kaitan amaran Flash kepada Bruce Wayne dalam filem Justice League?

Mimpi-mimpi yang dihadapi oleh Bruce Wayne dalam filem Batman V Superman serta pertarungan mereka dengan Doomsday menjadi sebab utama Bruce Wayne mahu menubuhkan Justice League, lebih-lebih lagi setelah kematian Superman.

Pada mulanya, Batman agak bimbang dengan metahuman-metahuman yang ada kerana baginya, mereka ini adalah ancaman, sama seperti pandangan terhadap Superman.

Tetapi disebabkan mimpi mengenai Parademons yang dialami oleh Bruce serta ancaman yang dirasai olehnya, Bruce telah mengubah tanggapannya terhadap superhero lain yang ada dan mula mencari mereka bagi menubuhkan satu pakatan untuk menghalang ancaman dari angkasa yang bakal berlaku tidak lama lagi. Jadi Bruce mula mencari metahuman yang ada berdasarkan fail yang dicuri dari Lex Luthor itu. Hasilnya beliau berjaya mengumpul mereka semua dan membentuk pakatan Justice League. – Ianya berdasarkan dari amaran yang diberikan oleh Flash kepadanya.

Selain itu juga, ayat “It’s Lois! Lois Lane! She’s the key!” menjadi ingatan kepadanya untuk menggunakan Lois Lane sekirannya rancangan mereka untuk menghidupkan Superman tidak menjadi. Istilah “The big guns” yang digunakan oleh Bruce adalah merujuk kepada Lois Lane. Bruce Wayne tahu, dengan menghidupkan Superman dari mati mungkin dapat menyelamatkan mereka dari Steppenwolf tetapi beliau juga tahu, Superman mungkin akan berubah 100% sekirannya dia dihidupkan kembali – mengambil pengalaman yang berlaku selepas General Zod dihidupkan dan diubah oleh Lex Luthor menjadi Doomsday.

Kita perhatikan selepas Superman dihidupkan, superhero terbabit telah menentang ahli-ahli Justice League dan cuba membunuh mereka termasuklah Batman. Mujur Batman segera memberi arahan kepada Alfred agar melepaskan “The Big Guns”, senjata rahsia yang digunakan oleh Batman untuk menghentikan Superman. Dan kesannya menjadi apabila Superman melihat Lois Lane, personlitinya berubah 100% dan terbang membawa Lois ke kampung halamannya.

Bayangkan jika Flash tidak datang memberi amaran kepada Bruce Wayne, apa yang akan terjadi kepada Bumi di masa hadapan? – Superman menewaskan Justice League dan Steppenwolf, mengawal Parademons dan menguasai bumi.

Jadi disini, amaran Flash kepada Bruce Wayne telah banyak membantu Bruce dalam merancang strategi dalam menghadapi Superman, menubuhkan Justice League dan juga menghalang dari sesuatu yang buruk berlaku pada masa hadapan. Babak kemunculan Flash dalam filem Batman V Superman sebenarnya boleh dianggap sebagai bukan mimpi, sebaliknya keupayaan Flash yang mampu pergi ke masa lampau. Selepas mereka berjaya menghalang Steppenwolf dalam filem Justice League dan mengubah situasi bumi dimasa hadapan, Flash tidak perlu kembali ke masa lampau untuk memberi amaran kepada Bruce Wayne mengenai Lois Lane dan sebagainya. Cuma dalam filem akan datang, Flash akan menggunakan abilitinya itu untuk pergi ke masa lampau untuk menyelamatkan ibunya dan seterusnya mengubah timeline secara total – The Flashpoint Paradox.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here