Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Justice League Catat $109 Juta Dolar Selepas 3 Hari Tayangan


Filem superhero kelima DC, Justice League mencatat kutipan tiket sebanyak $109 juta dolar seluruh dunia selepas 3 hari ditayangkan dimana untuk pasaran domestik, sebanyak $38.8 juta telah dikutip manakala untuk pasaran antarabangsa, jumlah kutipan tiket adalah sebanyak $70.7.

China menjadi lokasi luar negara yang paling tinggi kutipan tiket iaitu sebanyak $15.1 juta. Pihak Warner Bros. menjangkakan mereka akan dapat mengutip sebanyak $21 juta sebelum minggu ini berakhir.

Walaupun Rottentomatoes memberikan rating yang rendah iaitu sebanyak 39%, rata-rata peminat memberikan gred B+ untuk filem dilaman kritik filem CinemaScore. Kami di Kakimuvee telah memberikan rating sebanyak 8/10 untuk filem Justice League dan anda boleh membaca review yang kami keluarkan disini.

Justice League diarahkan oleh Zack Snyder dan dibintangi pelakon-pelakon gred A antaranya Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Gal Gadot, Ezra Miller, Jason Momoa, Ray Fisher, Jeremy Irons, Diane Lane, Connie Nielsen, and J.K. Simmons.

Justice League kini sedang dalam tayangan dan anda boleh menonton filem superhero ini dipawagam yang berdekatan.



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee