JUSTICE LEAGUE- 5 perubahan yang Joss Whedon akan lakukan dalam filem ini

0
214
views

Kerana tragedi keluarga, pengarah Justice League Zack Snyder mengumumkan bahawa beliau menyerahkan ‘pemerintahan’ filem tersebut kepada pengarah The Avengers dan Avengers: Age of Ultron, Joss Whedon. Sebelum ini pun Joss Whedon telah dipilih untuk mengarah filem Batgirl akan datang. Joss Whedon pun dikatakan sudah mengarah Justice League terlebih dahulu sebelum Zack Snyder mengumumkan yang beliau akan mengundur diri.

Selain mengarah, Joss Whedon juga menulis jalan cerita filem ini, mari kita lihat 5 perubahan yang akan Joss Whedon lakukan untuk filem yang diadaptasi dari komik ini.

5. Akan ‘muncul’ penduduk Gotham City

Joss Whedon telah menandatangani kontrak untuk mengarahkan Batgirl, dan saat mengerjakannya pada tahap awal, pengarah filem tersebut dengan jelas tahu apa yang akan beliau lakukan dengan Barbara Gordon. Sudah jelas sekali yang kita akan pergi ke Gotham City dalam Justice League (buktinya Comissioner Gordon!!), maka Joss Whedon akan meletak beberapa ‘easter egg’ yang akan menunjukkan kehadiran Batgirl.

Mungkin akan ada cameo dari Batgirl atau Nightwing (seperti yang kita tahu, Nightwing akan dibuat filem). Mungkin cameo Batgirl tidak secara nyata, tetapi secara lisan apabila Gordon menyebut nama anaknya itu ketika perbualan dengan Batman. Tidak mustahil akan ada penduduk Gotham City yang lain akan dimasukkan sekali dalam Justice League.

Image result for wonder woman

4. Fokus lebih besar ke Wonder Woman

Batman v Superman: Dawn of Justice adalah filem yang sangat ‘huru-hara’, tetapi walaupun filem itu dikecam teruk,tak boleh nafikan bahawa kemunculan pertama Gal Gadot sebagai Wonder Woman benar-benar mengagumkan.

Itulah sebabnya kenapa Warner Bros. memasarkan secara besar-besaran filem solo Wonder Woman dan filem itu juga merupakan filem pecah panggung dan mendapat kritikan yang positif. Sudah pasti rasanya bos-bos studio akan meminta Joss Whedon untuk mengeluarkan lebih banyak lagi Diana Prince.

3. Mungkin tidak ada petunjuk sekuel

Semasa filem Justice League diumumkan, diberi judul “Bahagian 1” dengan “Bahagian 2” yang akan menyusul selepas itu. Tetapi selepas pelbagai kritikan yang dilemparkan terhadap Batman v Superman: Dawn of Justice, Warner Bros nampaknya mengubah fikiran untuk membuat sekuel, tetapi Zack Snyder meyakinkan peminat yang Justice League memang akan ada “Bahagian 2”, kerana dalam BvS (extended version) terdapat cameo Steppenwolf, jadi Zack Snyder ingin mengembangkan watak tersebut sehingga ke Darkseid.

Bagaimanapun, dengan Zack Snyder mengundurkan diri kerana masalah peribadi, studio mungkin akan mengubah idea melibatkan pengambilalihan francais Justice League ke arah yang sangat berbeza dengan kumpulan kreatif baru. Mereka akan membuat filem ini sedikit lebih terbuka, sesuatu yang Joss Whedon pakar dan mahir lakukannya seperti dalam The Avengers dan Avengers: Age of Ultron. Endingnya nanti mungkin berlainan dari ending yang Zack Snyder rencanakan.

Image result for justice league humor

2. Lebih humor

Terdapat jenaka dalam filem-filem yang diarahkan oleh Joss Whedon iaitu The Avengers, dan filem seterusnya, humor menjadi sebahagian besar dalam Marvel Cinematic Universe.

Trailer Justice League terdapat beberapa adegan lucu. Seperti yang kita tahu DC Films Universe terlalu gelap dan perlu diringankan sedikit dan Warner Bros mungkin sangat tertarik dengan humor yang ditonjolkan oleh Joss Whedon yang menggunakan jenaka untuk membuat karakter-karakter lebih disukai dan ini sebenarnya juga sangat membantu menarik penonton dan peminat.


1. Aksi yang berbeza

Apabila diberitahu bahawa Joss Whedon akan mengarahkan Justice League, ada mengatakan bahawa beliau dirancang untuk mengarahkan adegan baru dalam gaya yang sama seperti Zack Snyder. Tetapi ini tidak tepat sama sekali, Joss Whedon telah menggantikan komposer ost Junkie XL yang sebelum ini menjadi pilihan Zack Snyder, kepada Danny Elfman, disini menunjukkan bahawa beliau akan membuat beberapa perubahan besar pada filem ini.

Dari segi aksi, Joss Whedon mungkin akan mengikut pada gaya gerakan lambat Zack Snyder tetapi kalau kita melihat kedua-dua filem The Avengers dan sekuelnya, jelas sekali bahawa pengarah ini mempunyai idea sendiri tentang bagaimana superhero harus bertarung dalam pertempuran.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here