Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Justice League (2017) Review


*AMARAN! REVIEW INI MENGANDUNGI MINOR SPOILER!!*

Klasifikasi: PG-13

Runtime: 2jam 5 minit

Director: Zack Snyder

Pelakon:  Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Gal Gadot, Ezra Miller, Jason Momoa, Ray Fisher, Jeremy Irons, Diane Lane, Connie Nielsen, J. K. Simmons dan Ciarán Hinds.


Semasa diawal penerbitan filem superhero DC, masa depan filem keluaran Warner Bros. itu dilihat tampak sukar dan malap semalap tema filem superhero berkenaan yang gelap dan suram. Walaupun filem pertama, Man of Steel boleh dikira ‘OK’ namun dua filem mereka selepas itu, Batman V Superman dan Suicide Squad telah menerima kritikan yang teruk baik dari pengkritik filem mahupun peminat gara-gara tahap kebosanannya yang agak melampau. Mujur disebabkan populariti komik berkenaan masih mampu untuk memberi pulangan besar kepada studio walaupun ia mampu memberi kesan negatif kepada filem superhero DC akan datang.

Enggan mengulangi apa yang terjadi pada dua filem sebelum itu, mereka cuba membuat sedikit transformasi dalam filem seterusnya iaitu Wonder Woman dan hasilnya ia bukan sahaja menjadi antara filem superhero yang mendapat kutipan tertinggi, malah turut rating yang cukup tinggi, setanding dengan filem-filem Marvel. Bagaimanpun, kejayaan Wonder Woman  tidak bermakna filem seterusnya akan selamat. Ramai peminat dan pengkritik menantikan filem terbaru mereka Justice League ditayangkan kerana mereka ingin melihat samada ia mampu meneruskan kejayaan Wonder Woman ataupun meneruskan legasi kesuraman filem DC yang dianggap bosan.

Justice League menyambung dari apa yang ditinggalkan dalam filem Batman V Superman. Dunia mengalami detik-detik suram apabila penyelamat mereka iaitu Superman mati selepas bertarung dengan Doomsday. Bruce Wayne aka Batman dapat menghidu sesuatu yang buruk bakal berlaku di Bumi dan berusaha untuk mencari dan mengumpulkan semua metahuman yang ada dan membentuk satu pakatan bagi melindungi Bumi dari ancaman musuh yang datangnya dari angkasa.

Diana Prince aka Wonder Woman yang berkelana ke Britain selepas insiden Doomsday membunuh Superman turut menerima amaran dari kaumnya, Amazonian yang memberi amaran bahawa musuh lama penduduk Bumi telah datang untuk menuntut kembali barang yang ditinggalkan olehnya beribu tahun yang dahulu dan seterusnya menakluki Bumi. Diana kembali ke Gotham untuk bertemu Bruce Wayne dan mereka berdua kemudiannya bersama-sama mencari metahuman yang lain seperti Barry Allen aka Flash, Victor Stone aka Cyborg dan Arthur Curry aka Aquaman untuk membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Justice League. Lima superhero ini bakal berhadapan dengan sesuatu yang agak mustahil untuk dihentikan iaitu Steppenwolf, makhluk dari angkasa lepas yang sangat berkuasa yang dalam misi mencari motherbox, barang yang ditinggalkan oleh Supervillain berkenaan.

kelebihan filem ini berbanding Batman V Superman dan Suicide Squad adalah, perjalanan ceritanya tidak meleret dan tidak bermonolog sepertimana yang ditunjukkan dalam dua filem DC itu.

Boleh dikatakan penonton dapat memahami serba sedikit kisah lampau motherbox, origin karakter baru dan juga sedikit babak-babak yang melibatkan Amazonian serta Atlantean. Malah aksi-aksi dalam filem ini bagi saya sangat intense dan berjaya mengurangkan ‘rasa bosan’ apabila menonton sebuah filem yang cukup panjang. Saya berani katakan, aksinya sudah bermula dari awal sehinggalah dipenghujung filem. Cumanya saya sedikit kecewa dengan penglibatan Superhero semasa bertarung dengan Steppenwolf, hanya Wonder Women dan Aquaman yang begitu menonjol sehinggakan menenggelamkan peranan Batman dan Flash serta Cyborg dalam filem ini.

Batman dilihat seperti Superhero yang sentiasa perlu diselamatkan, dan abiliti Flash seperti di’downgrade’ dan seolah-olah bertindak seperti seorang sidekick superhero. Manakala aksi Cyborg tidaklah begitu banyak melainkan hanya memperlihatkan perwatakkannya sebagai superhero yang paling genuis dikalangan mereka berlima.

Walaupun Bruce Wayne dianggap kepada ketua atau mastermind dalam penubuhan pakatan keamanan ini, filem Justice League saya lihat banyak menekankan peranan serta perwatakan Diana Prince. Mereka seperti menggunakan aura kejayaan filem Wonder Woman sebagai pemangkin untuk menaikkan rating filem ini dengan memberi tumpuan kepada watak superhero wanita tersebut. Seperti yang saya nyatakan diatas, aksi filem ini banyak menonjolkan kehebatan Wonder Woman menentang Steppenwolf, malah dari segi dialog, peranan dan karakter, Wonder Woman juga paling menonjol berbanding superhero yang lain. Tiada keseimbangan peranan karakter dalam filem Justice League – saya boleh ibaratkan Justice League seperti sekuel kepada filem Wonder Woman. 

Jika filem DC terkenal dengan tahap ke’serius’an filemnya, Justice League cuba membuang sedikit mood berkenaan dengan menyelitkan beberapa elemen humor dalam perjalanan cerita ini. Watak Barry Allen saya boleh katakan seperti ‘clown’ dalam kumpulan superhero ini. Sentiasa menjadi pemecah ketegangan apabila berlaku perbalahan diantara mereka dengan telatahnya. Malah Bruce Wayne juga turut bergurau walaupun masih mengekalkan wajah seriusnya. Humornya tidaklah sehebat yang ditunjukan dalam filem-filem Marvel, tetapi sekurang-kurangnya mampu membuatkan penonton ter’gelak’ sedikit.

Villainnya pula boleh dikatakan agak ‘badass’ dan menakutkan. Steppenwolf benar-benar berjaya menunjukkan superiority dengan mudah menewaskan kumpulan superhero berkenaan. Steppenwolf dilihat begitu ‘over-power’ berbanding superhero Justice League sehinggakan Wonder Women, yang paling kuat dikalangan mereka tidak mampu untuk menghentikan niat orang kanan yang juga pakcik Darkseid itu.

Antara yang saya nanti-nantikan dalam filem Justice League ini ialah kemunculan Superman. Saya suka dengan reference filem Pet Sematary yang diucapkan oleh Barry Allen semasa mereka cuba untuk menghidupkan makhluk yang sudah mati iaitu Superman. Walaupun tidak begitu dramatik, tapi kemunculan semula Superman memberikan sedikit perasaan gementar dan takut dikalangan penonton kerana personaliti Superman berubah 100% dan memberi satu lagi ancaman besar kepada Justice League (pernah menonton filem Pet Sematary? begitulah keadaan Superman apabila dihidupkan kembali). Mujur Batman mempunyai ‘contingency plan’ nya sendiri.

Dari segi skor dan cinematography, boleh dikatakan sangat baik. Terdapat juga aksi slo-motion tetapi tidak begitu banyak dan acceptable. Pergerakkan kamera untuk babak-babak aksi juga boleh dianggap sempurna dengan efek-efek letupan yang begitu intense – sentuhan Zack Snyder masih dikekalkan walaupun Joss Whedon melakukan reshoot untuk beberapa babak dan mengubah tona dan mood filem. Malah soundtrack klasik Batman yang digunakan serta memberikan kesempurnaan skor untuk filem ini.

Secara keseluruhannya, Justice League berjaya keluar dari kebosanan tahap melampau seperti yang ditunjukan dalam beberapa filem DC sebelumnya. Aksinya serta jalan cerita yang jelas dan menarik berjaya membuatkan Justice League tidak menerima nasib yang sama seperti yang dihadapi oleh Batman V Superman dan Suicide Squad. Saya berpendapat, kejayaan filem Wonder Woman banyak membantu merencanakan filem ini. Walaupun tidak sehebat filem keempat DC itu, sekurang-kurangnya ia akan membuka mata studio filem superhero yang lain bahawa DC kini dalam transformasi untuk hasilkan sebuah filem superhero yang menarik dan mampu menyaingi mereka.

*Justice League mengandungi dua post kredit – mid kredit yang cukup klasik dan end kredit yang bakal mengejutkan anda semua*

Saksikan Justice League dipawagan berdekatan dan kongsikan pendapat dan rating anda diruangan komen.

Rating Kakimuvee: 7/10


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee