Jurassic World Sequel pada tahun 2018

0
217
views

R00L3UM

Setelah berjaya memecahkan rekod Box Office dan memintas rekod kutipan tertinggi, filem Marvel, The Avengers, pihak Universal Picture mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan sequel terbaru filem Dino ini pada 22 Jun 2018.

Filem sequel Jurassic World 2 (yang masih tidak mempunyai tajuk) masih mengekalkan aktor Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard sebagai pelakon utama. Plot filem ini masih tidak diketahui umum kerana, tetapi filem dinosor akan datang ini akan diarahkan oleh pengarah Colin Trevorrow dan penulis skrip Derek Conolly.

Bagaimana pun Trevorrow memberitahu yang beliau tidak mahu mengarahkan filem sequel ini, tetapi, sekiranya pihak Universal mahukan khidmat beliau, mereka akan melaburkan sejumlah wang yang besar terhadap pengarah itu atau terpaksa mencari pengarah yang baru.

Dalam filem Jurassic yang lepas, Dr. Henry Wu berjaya melarikan diri dari huru hara yang berlaku di Taman Jurassic tersebut. Bersama beliau adalah beberapa spesimen genetik yang berjaya Henry Wu selamatkan. Jadi kita tunggu rumours – rumours mengenai jalan cerita filem ini nanti, adakah genetik Jurassic yang dibawa lari oleh Dr Henry Wu penyebab sequel filem ini berlaku? tungguuu..

Sumber: www.empireonline.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here