Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Jurassic World: Fallen Kingdom Review


Dalam filem pertama, Jurassic World theme park yang terletak Pulau Isla Nublar (Island of Isla Nublar) telah menjadi tempat tarikan pengunjung seluruh dunia bagi melihat dinosor yang sebelum ini telah pupus. Bagaimanapun, nasib taman tema itu sama seperti yang berlaku dalam filem asal berjudul Jurassic Park apabila berlaku pekara yang tidak diingini sehingga menyebabkan taman tema tersebut musnah akibat amukkan dinosor.

Selepas kejadian itu, taman tema Jurassic World mula ditinggalkan, dan dinosor yang berada dipulau tersebut hidup tanpa diganggu oleh manusia. Selepas 3 tahun dari kejadian taman tema Jurassic World dihancurkan, sebuah gunung berapi pendam di pulau tersebut kembali aktif dan bakal menyebabkan dinosor diambang kepupusan sekali lagi.

Demi menyelamatkan saki baki dinosor yang ada, Claire Dearing (Bryce Dallas Howard) telah menerima tugasan yang diberikan oleh Eli Mills (individu yang bekerja untuk Benjamin Lockwood) untuk menjalankan operasi menyelamat. Claire telah meminta bantuan Owen Grady (Chris Pratt) dan mereka berdua bersama beberapa rakan mereka berserta bantuan dari sebuah organisasi bersenjata telah melakukan operasi menyelamatkan dinosor yang sebenarnya sebuah rancangan jahat yang dirancang oleh Eli Mills.

Seperti filem pertama, Jurassic World: Fallen Kingdom bagi saya adalah ‘klon’ dari filem Jurassic Park: The Lost World dimana jalan cerita kedua-dua filem tersebut boleh dikatakan hampir sama. Jika sekuel filem asal menyaksikan InGen cuba ‘menjual’ T-Rex bagi menampung kerugian akibat kemusnahan Jurassic Park, Fallen Kingdom menyaksikan Eli Mills cuba ‘membuat’ duit selepas taman tema Jurassic World gagal dengan melakukan operasi rahsia menyeludup beberapa spesis dinosor dari pulau Isla Nublar untuk dijual dipasaran gelap.

Tiada satupun babak dalam filem Fallen Kingdom memberikan nilai hiburan kepada saya. Jujur saya katakan, separuh masa pertama filem ini agak ‘draggy’ walaupun pengenalannya sangat menarik dan mendebarkan apabila melihat Mosasaurus muncul dengan memakan mangsanya. Kemudian plotnya berjalan dengan agak cliche dan membosankan sehinggalah Owen, Claire bersama-sama beberapa askar upahan mula mencari Blue. Saya jangkakan aksi-aksi antara manusia dan dinosor mula dibina pada saat ini, namun sangkaan saya meleset kerana tidak banyak aksi yang ditunjukkan. Malah babak klimaks diantara manusia dan Indoraptor juga tidak begitu memuaskan hati saya walaupun pengarahnya menerapkan elemen thrill dan ‘horror’. Ini kerana, tidak banyak keganasan yang ditunjukkan oleh pemangsa walaupun pada awalnya ia digambarkan sangat menakutkan kerana ia melibatkan gabungan gen Indominus Rex dan Raptor.


Dari segi visual dan sinematografi filem ini, boleh dikatakan ia sangat memuaskan. Saya suka dengan beberapa ‘shoot’ filem ini yang sangat anggap sangat cantik dan dramatik terutamanya semasa mereka meninggalkan Isla Nublar, agak menyentuh hati.

Secara keseluruhannya, Jurassic World: Fallen Kingdom adalah sebuah filem yang ‘average’ sahaja. Tidak begitu menghiburkan jika dibandingkan dengan sekuel filem asal, The Lost World. Bagaimanapun, saya tetap nantikan filem ketiga Jurassic World selepas melihat ‘ending’ yang sangat promosing, terutamanya babak yang menunjukkan Mosasaurus.


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee