Jumanji: Welcome To The Jungle Review

0
1209
views

Sudah menjadi trend di Hollywood masakini menggunakan ‘branding’ filem yang sudah popular suatu ketika dulu untuk menghasilkan semula sebuah filem dengan memberikan nafas baru ataupun menghasilkan sekuel. Bagaimanapun, sukar sebenarnya buat mereka untuk menandingi filem asal walaupun teknologi dan citarasa sudah berubah mengikut peredaran zaman.

Banyak filem-filem remake atau sekuel zaman ini yang menggunakan nama filem popular suatu ketika dahulu kecundang dan gagal mengatasi filem asal walaupun ia diberi nafas baru dan sentuhan-sentuhan cantik melalui kemajuan teknologi pembikinan filem masakini. Tetapi tidak bagi Jumanji: Welcome to the Jungle, sekuel dari filem Jumanji yang ditayangkan pada tahun 1995. Saya berpendapat, sekuel Jumanji ini berjaya menandingi kehebatan filem Jumanji asal yang popular suatu ketika dahulu.

Berlatarbelakang zaman sekarang, papan permainan Jumanji kini telah berubah menjadi sebuah permainan konsol klasik – seiring dengan kemodenan yang mana remaja pada zaman itu yang tidak lagi bermain papan permainan. Pada suatu hari, 4 pelajar iaitu Spencer, Fridge, Bethany dan Martha telah dikenakan kelas tahanan di kehendaki membersihkan sebuah bilik. Mereka telah menjumpai sebuah permainan konsol klasik yang sebenarnya adalah Jumanji. Disebabkan perasaan ingin tahu, mereka cuba untuk bermain permainan konsol tersebut. Namun, selepas memilih avatar – avatar untuk permainan tersebut, sesuatu telah berlaku pada mereka. Keempat-empat mereka telah di’sedut’ kedalam permainan tersebut dan menjadi avatar-avatar pilihan mereka.

Avatar-avatar tersebut dibintangi oleh Dwayne “The Rock” Johnson, Jack Black, Kevin Hart, dan Karen Gillan. Setiap avatar yang dipilih empat remaja terbabit memiliki abiliti dan kepakaran tertentu. Mereka berempat telah diberikan satu misi oleh karakter dalam permainan tersebut iaitu menyelamatkan Jumanji. Mereka perlu melepasi setiap peringkat permainan dan menyelesaikan misi-misi yang tertera dalam peta untuk menyelamatkan Jumanji dan seterusnya kembali ke dunia asal.

Filem arahan Jake Kasdan ini boleh dikatakan sangat menghiburkan lebih-lebih lagi apabila ia menggabungkan dua pelakon komedi iaitu Jack Black dan Kevin Hart. Sepanjang perjalanan filem, saya dan penonton di pawagam tidak berhenti ketawa melihat aksi-aksi komedi dari pelakon -pelakon dalam filem tersebut. Walaupun komedinya tipikal, bagi saya ia tetap menghiburkan dan berjaya membuatkan panggung bergegar dengan gelak ketawa penonton.

Cuma, penggembaraan dan fantasi Jumanji kali ini tidak begitu thrill dan mendebarkan seperti Jumanji 1995. Filem pertama lakonan Robin Williams dan Bonnie Hunt itu bagi saya lebih mencabar dan mendebarkan dengan aksi-aksi melarikan diri dari bahaya serta penyelesaian masalah. Jumanji: Welcome to the Jungle tidak mempamerkan begitu banyak ‘problem solving’ dan ‘adventurous’ walaupun mereka menghasilkan filem tersebut seperti sebuah permainan video. Ia lebih menumpukan pada konflik karakter yang sering berbalah seperti Spencer dan Fridge, kecelaruan jantina seperti terjadi pada Bethany dan love story antara Spencer dan Martha

Jumanji: Welcome to the Jungle bagaimanapun tidak melupakan siri pertama apabila mereka turut menghasilkan semula beberapa babak dari filem asal, homage untuk filem Jumanji 1995.

Secara keseluruhannya, walaupun pengembaraanya tidak sehebat filem pertama, Jumanji: Welcome to the Jungle lakonan Dwayne “The Rock” Johnson, Jack Black, Kevin Hart, dan Karen Gillan ini telah menghiburkan dan mengelikan hati. Lakonan – lakonan para pelakon juga tidak mengecewakan dengan jalan cerita yang sangat menarik. Jika pengembarannya lebih thrill, saya yakin, Jumanji kali ini pasti akan menjadi lebih baik. Kini saya nantikan filem Jumanji versi PS4 pula ..itupun jika mereka mahu hasilkan filem ketiga.

Rating Kakimuvee: 7.5/10

Jumanji: Welcome to the Jungle

7.6

AKSI / KOMEDI

8.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

7.0/10

PLOT / CERITA ASAL

7.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

8.0/10

KARAKTER

8.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here