Jumanji Kuasai Carta Domestik Box Office

0
390
views

Filem Jumanji: Welcome To The Jungle arahan Jake Kasdan dan dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas, dan Bobby Cannavale merampas kedudukan pertama carta Box Office domestik US apabila berjaya mengutip $36 juta dollar menjadikan jumlah keseluruhan terkini untuk pasaran domestik mencecah $244.4 juta.

Pasaran antarabangsa pula, Jumanji menambah $70 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $275 juta dan $519 juta keseluruhan. Filem kedua Jumanji dijangka akan terus mencatat kutipan apabila ditayangkan di China pada minggu hadapan dan Jepun pada awal April.

Filem seram terbaru, Insidious: The Last Key berada dicarta kedua apabila mengaut $29.3 juta pada minggu pembukaan, dan $20.1 juta dipasaran antarabangsa menjadikan jumlah keseluruhan terkini sebanyak $49.4 juta. Kutipan minggu pertama telah mengatasi kos pembikinan filem sebanyak $10 juta. Diarahkan oleh Adam Robitel, filem Insidious: The Last Key kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam berdeakatan.

Sementara itu, filem Star Wars: The Last Jedi jatuh ditangga ketiga carta Box Office US apabila hanya mengutip $23.6 juta pada minggu keempat tayangan. China telah menyumbang sebanyak $28.7 juta pada minggu pembukaan menjadikan jumlah terkumpul pasaran antarabangsa kini mencecah $632.7 juta. The Last Jedi kini telah mengutip $1.205 billion seluruh dunia, mengatasi filem Rogue One: A Star Wars Story dan berada ditangga ke-13 filem paling laris sepanjang zaman.

Kutipan filem-filem lain minggu lepas:

The Greatest Showman – $13.8 juta ($150.4 juta seluruh dunia)

Pitch Perfect 3 – $10.2 juta ($141 juta seluruh dunia)

Ferdinand – $7.7 juta ($112.8 juta seluruh dunia)

Molly’s Game –  $7 juta ($14.2 juta)

The Darkest Hour – $6.4 juta ($28.4 juta)

Coco – $5 juta ($589.1 juta seluruh dunia)

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here