Jue Aziz Sangkal Dakwaan Imej Bertudung Disebabkan Ingin Menjual Tudung

0
208
views
sumber; mStar Online
sumber; mStar Online

Selepas tampil dengan imej bertudung, Pelakon Jue Aziz menerima kritikan dari segelintir pihak yang menganggap  keputusannya berubah imej adalah kerana mahu menjalankan perniagaan menjual tudung atau pakaian muslimah.

Pelakon berusia 32 itu pantas menyangkal dakwaan pihak tersebut dan mengatakan dia tidak pernah memikirkan hal tersebut biarpun mengakui sejak berhijab, banyak tawaran diterimanya supaya dia menjadi duta produk.

“Saya ada baca komen dan kritikan pihak-pihak yang menganggap saya bertudung kerana sebab tertentu dan mereka kata saya mahu jual tudung. “Saya tidak fikir pun untuk bisnes tudung, walau pun selepas bertudung sejak sebulan lalu banyak tawaran untuk saya menjadi duta produk tertentu,” – mStar Online.

Tambah Jue, dia mahu perubahan kepada imej baharu dilakukan secara perlahan-lahan agar ia dapat diterima secara positif oleh peminat-peminatnya tanpa sebarang prasangka buruk.

Jue Aziz juga mengingatkan peminat-peminatnya agar tidak mudah melenting apabila melihat lakonan-lakonannya yang tidak bertudung. Katanya, terdapat beberapa filem dan drama lakonanya sebelum berhijrah belum lagi disiarkan.

“Saya tahu akan ada yang mempertikaikan saya kejap pakai tudung kejap tidak pakai, mereka mungkin akan keliru sebab ada filem dan drama saya ketika belum bertudung belum lagi ditayangkan.

“Jika ada yang hentam beri komen negatif ia adalah perkara biasa yang sudah dijangka,” ujarnya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here