Josh Brolin satu-satunya karakter yang akan muncul dalam aktor yang akan muncul dalam dua filem Marvel tahun hadapan dan kedua-dua filem tersebut merupakan dua filem superhero yang dinanti-nantikan oleh peminat filem superhero Marvel iaitu Deadpool 2 dan Avengers: Infinity War. Tahukah anda, pelakon watak Cable dan Thanos ini mendedahkan yang beliau hampir menolak tawaran untuk berlakon dalam sambungan filem Deadpool dan juga filem X-Force.
Ini kerana beliau merancang untuk berlakon dalam filem lain iaitu George and Tammy, dan membuat keputusan untuk tidak membaca skrip yang diberi kepadanya. Namun dengan desakkan isterinya, beliau membaca juga skrip tersebut dan akhirnya membuat keputusan untuk menandatangani kontrak, bukan satu tapi 4 filem Marvel keluaran Fox akan datang bermula dengan filem Deadpool 2 yang akan ditayangkan pada tahun 2018.
“At first I was like, ‘I don’t know. I want to do George and Tammy.’ My wife — thank god — said to just read it. ‘Why are you even talking, just read it,’”
Menurut beliau, faktor komedi yang diterapkan dalam filem Deadpool membuat beliau memilih untuk menjadi pelakon dalam filem superhero terbabit.
“I was thinking big about the four-picture deal. So, on my phone I remember I read it. It was so irreverent and funny and hysterical that once I got through it I was like, ‘that’s it.’ I had no idea [about] the fan-base. I had no idea what it represented, and I think we’ve made something really special”
Josh Brolin dijangka akan meneruskan watak Cable dalam filem Deadpool 3 dan 2 filem X-Force akan datang.