Josh Brolin Dedahkan Gambar Terbaru Cable

0
227
views

Pelakon Josh Brolin telah mendedahkan gambar terbaru beliau sebagai Cable dalam filemย Deadpool 2 dilaman Instagram nya baru-baru ini. Gambar terbaru yang diberi caption “Cable Porn”, menunjukkan gambar “close up” wajah Cable dihadapan cermin sambil menjerit.

Gambar terbaru dari filemย Deadpool 2 ini telah disukai sebanyak 21ribu pengguna dan rata-rata penonton menyukai penampilan Cable yang dilakon oleh aktor tersebut kerana hampir dengan penampilannya dalam versi komik.

Cable atau dikenali juga sebagai Nathan Summers adalah mutant yang mempunyai abiliti psikik dan pakar dalam menggunakan senjata. Dia merupakan anak kepada klon Jean Grey dan Scott Summers aka Cyclops dan datang dari masa hadapan. Selain Brolin dan Ryan Reynolds sebagai Deadpool, beberapa pelakon lama seperti Morena Baccarin, Brianna Hildebrand, T.J Miller dan Leslie Uggams turut berlakon dalam sekuel kali ini.

Beberapa watak dan pelakon baru juga diperkenalkan antara Domino yang dilakonkan oleh Zazie Beetz, Julian Dennison dan Jack Kesy.

Deadpool 2 akan menemui penonton pada 1 Jun 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here