Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Jon Bernthal Kembali Dalam The Walking Dead


Aktor Jon Bernthal disahkan akan kembali dalam siri televisyen The Walking Dead musim hadapan dengan membawakan watak asalnya Shane Walsh. Sebelum ini, aktor tersebut dilaporkan kelihatan di set penggambaran siri televisyen tersebut bersama-sama pelakon utama The Walking Dead, Andrew Lincoln dan Norman Reedus.

Menurut laporan dari Comingsoon.net, Jon Bernthal akan berlakon sekurang-kurangnya satu episod samada dalam babak flashback atau melibatkan babak halusinasi.

Watak Shane Walsh ditamatkan pada musim ketiga dalam episod “Made to Suffer” selepas dibunuh oleh Rick Grimes semasa hidup dan dibunuh oleh Carl Grimes semasa menjadi zombi.

The Walking Dead dibintangi oleh pelakon Andrew Lincoln, Norman Reedus, Lauren Cohan, Chandler Riggs, Danai Gurira, Melissa McBride, Lennie James, Alanna Masterson, Josh McDermitt, Christian Serratos, Seth Gilliam, Ross Marquand, Austin Amelio, Tom Payne, Xander Berkeley, Khary Payton, serta Jeffrey Dean Morgan dan dijangka musim kesembilan siri televisyen tersebut akan ditayangkan pada pertengahan Oktober tahun ini.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

The Walking Dead premieres final season today exclusively on Disney+ Hotstar

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee