Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Jom Mencuba Permainan Realiti Maya Westworld Di Sunway Pyramid


Musim kedua siri WESTWORLD bakal menemui peminat di Malaysia secara eksklusif di HBO (Saluran Astro 411 / HD 431) menerusi tayangan pada waktu sama dengan A.S pada Isnin, 23 April pukul 9 pagi. Bersempena dengan tayangan tersebut, HBO dengan kerjasama Astro akan mengadakan satu acara istimewa bagi memberikan peminat pengalaman interaktif secara menyeluruh siri ini. Bermula dari 18 hingga 29 April, acara yang akan diadakan di Sunway Pyramid (Blue Concourse) ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuklah aktiviti utama iaitu permainan Realiti Maya. Didatangkan khas dari A.S., peminat akan berasa seolah-olah berada dalam dunia sebenar WESTWORLD!

Permainan Realiti Maya akan dimulakan dengan pengenalan kepada hos yang memakai sut serba putih, sama seperti pelawat yang tiba di pejabat Delos, syarikat yang menguruskan WESTWORLD. Peserta kemudiannya perlu memakai gogal dan fonkepala Realiti Maya untuk memasuki dunia interaktif WESTWORLD.

Sama seperti setiap pelawat yang tiba di pejabat Delos, perbadanan yang mencipta WESTWORLD, peminat akan diperkenalkan dengan seorang hos bersut putih. Mereka kemudiannya akan diarahkan memakai gogal Realiti Maya dan fonkepala untuk memasuki dunia interaktif yang penuh dengan kejutan!

Apabila berada dalam dunia Realiti Maya, peminat perlu memilih topi hitam atau putih, mencuba pakaian yang bersesuaian dan memilih senjata masing-masing (joystick dengan pemetik). Mereka kemudiannya akan melakukan aktiviti maya dalam dunia WESTWORLD seperti berlatih menembak atau berlawan dengan Syerif Pickett.

Peminat boleh merasai sendiri Pengalaman Realiti Maya WESTWORLD dari Isnin hingga Khamis, dan Jumaat hingga Ahad untuk pelanggan Astro yang mendaftar awal. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my/astrocircle.


*hanya untuk orang dewasa berusia 21 tahun dan ke atas

Acara WESTWORLD ini turut menampilkan aktiviti lain yang bertemakan WESTWORLD seperti Mechanical Bull Ride, Permainan Ring Toss, dan Video Booth!


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee