John Cena Bakal Bintangi Filem Adaptasi Permainan Video, Duke Nukem

0
387
views

Penggusti WWE terkenal yang juga merupakan aktor Hollywood, John Cena dilaporkan bakal membintangi filem adaptasi permainan video berjudul Duke Nukem. Menurut laman web VarietyJohn Cena kini sedang dalam perbincangan dengan pihak produksi untuk membawa watak utama filem berkenaan.

Duke Nukem merupakan antara permainan komputer klasik era MS-DOS dan pertama kali diperkenalkan pada tahun 1991 dan dibangunkan oleh Apogee Software. Sebanyak tiga siri utama Duke Nukem telah dihasilkan dan yang terakhir berjudul Duke Nukem Forever yang dikeluarkan pada tahun 2011 dan boleh dimainkan diplatform Microsoft Windows, OS X, PlayStation 3 serta Xbox 360. Selain itu, beberapa siri spinoff permainan video ini juga pernah dihasilkan dan juga beberapa siri untuk permainan mudah alih seperti telefon bimbit dan Nintendo DS.

Karakter Duke Nukem disuarakan oleh Jon St. John, malah karakter ini juga berada dalam filem Steven Spielberg akan datang, Ready Player One. 

Setakat ini filem adaptasi permainan video ini masih diperingkat awal dan pihak studio Platinum Dunes masih belum memilih penulis lakonlayar dan pengarah untuk filem ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here