Joaquin Phoenix Bakal Membawakan Watak Joker Dalam Filem Solo Joker

0
362
views

Menurut laman web hiburan Variety, pelakon filem Gladiator, Joaquin Phoenix dilaporkan bakal dilamar studio Warner Bros. dan DC Entertainment untuk membawakan watak utama, Joker dalam filem solo The Joker yang bakal dihasilkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, perbincangan serius diantara pelakon tersebut dan pihak studio masih bermula. Selain itu juga, pelakon tersebut berada dalam senarai teratas pengarah Joker, Todd Phillips walaupun sebelum ini nama aktor filem Titanic, Leonardo DiCaprio turut disebut-sebut sebagai aktor yang bakal membawakan karakter villain DC itu,

Joaquin Phoenix sebelum ini pernah ditawarkan watak-watak komik dalam beberapa filem superhero. Pada tahun 2010, pelakon tersebut menjadi pilihan utama untuk membawakan watak Bruce Banner aka Hulk sebelum menolaknya. Malah beliau juga pernah ditawarkan untuk membawakan watak Doctor Strange sebelum menolaknya sekali lagi. Phoenix juga pernah menolak tawaran untuk membawakan watak Lex Luthor dalam filem Batman vs Superman: Dawn of Justice.

Filem The Joker bakal menyaksikan ‘origin’ karakter popular DC itu dan akan berlatarbelakangkan zaman 80-an di bandar Gotham. Martin Scorsese merupakan penerbit untuk filem ini dan dibantu oleh Todd Philips, manakala penulis lakonlayar filem 8 Miles, Scott Silver menulis skrip untuk filem terbaru DC ini.

Setakat ini tiada tarikh rasmi tayangan filem The Joker.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here