Jibam (2017) Review

0
213
views

Preview ..

Ia berkisarkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Jibam. Dia mewarisi bakat mengubati orang daripada ayahnya. Walaubagaimanapun, dia sering diejek oleh budak-budak kampung kerana sikapnya pelik iaitu suka mengumpul tin-tin kosong dan menyeretnya dengan tali.

Bahasa: Melayu
Sarikata: None
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 Disember 2017
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 39 Minit
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Mohd. Ariff Abdullah, Bohari Ibrahim, Syafie Naswip, Kazar Saisi
Pengarah: Che Mie
Format: 2D

Review ..

Jibam adalah naskah novel hasil tangan Ibrahim Anon @ Ujang yang diangkat menjadi filem. Jika anda pernah membaca novel ini,  percayalah, adaptasi pengarah Che Mie begitu berkesan dan menarik untuk ditonton. 99 minit masa tayangan tidak terasa berlalu. Pasti tidak akan mengecewakan.

Suasana Kampung Belulang sebagai kampung yang baru diteroka beberapa tahun nampak real. Tiada eletrik, tiada paip air bahkan memasak menggunakan dapur kayu. Mode of transport pula menggunakan basikal tua. Tempat lepak lepak pula di bawah pokok rendang yang dijadikan kedai. betul betul menggamit memori zaman kecil.

Pemilihan para pelakon harus diberikan pujian. che mie begitu berani dengan memilih Ariff yang tiada pengalaman berlakon sebagai jibam dan ternyata pertaruhannya menjadi. cuma ada ketika pertuturan jibam tidak begitu jelas, selain itu memang padu.  Bohari Ibrahim yang berlakon sebagai Tok Ngah Sudin juga harus diberi pujian. bersahaja dalam membawa watak namun mimik muka dan bahasa badan yang ditunjukkan sangat menjadi. Turut membuat penampilan dalam filem ini Kazar Saisi, Syafie Naswip, Kamarool Hj Yusuff dan lain lain.

Penceritaan filem Jibam sangat ‘straight-foward’ dan boleh dikira bersahaja. Tiada penukaran plot dan mengikut jalan cerita seperti di dalam novel. Terdapat beberapa perincian dalam novel yang tidak ditunjukkan. Walaupun tidak mengganggu perjalanan filem namun sedikit kelompangan dapat dirasai. seperti peranan Fakir, abang sulung Jibam yang tidak begitu menonjol. Malah terdapat beberapa babak yang sepatutnya ‘grand’ namun tidak mencengkam seperti waktu Usin Singai menyerang jibam.

Kesimpulanya, filem Jibam menunjukkan beberapa pengajaran yang tersurat dan tersirat buat kita. Bak kata pepatah, ‘buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali’ serta orang ‘tamak selalu rugi’ begitu sesuai dengan perjalanan filem ini.  Bukan mudah mengadaptasi sesebuah karya novel ke layar perak, namun kami yakin Che Mie sudah melakukan yang terbaik dan menghasilkan karya yang menarik untuk tontonan semua.

rating : 9/10

Jibam

Jibam
9.2

DRAMA / MORAL

10.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

9.0/10

PLOT / CERITA ASAL

9.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

8.0/10

KARAKTER

10.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here