Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Arkib

Jejak Warriors


jejak warriors

Genre:  Sukan / Pengembaraan

Pengarah: Saw Teong Hin

Penerbit: Ann Mokhtar, Fauziah Husain, Norhan Manap

Pelakon: Alif Firdaus, Nadiya Nisaa, Pekin Ibrahim, Harun Salim Bachik, Fauziah Ahmad Daud, Bell Ngasri, Radhi Khalid, Sabri Yunus, Watie Elite, Husyairi Husain, Amir Raja Lawak, Shuk Raja Lawak dan Pemain Bola Sepak Kelantan. (Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.)

Syarikat Produksi: U2 Media Sdn Bhd, The Red Warriors


Edaran: Empire

Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2015

Official Trailer: Jejak Warriors

Plot: 

Jejak Warriors menceritakan kisah pengembaraan mengenai seorang remaja (Wan Raja) untuk berjumpa dengan pasukan bolasepak pujaannya iaitu The Red Warriors.

Bapa Wan Raja adalah seorang penyokong nombor satu The Red Warriors sehinggalah satu kemalangan berlaku dan ini telah menukar kehidupan keluarganya untuk selamanya.

Dengan kematian mengejut ibu Wan Raja, dia menyedari cita-cita bapanya untuk mendapatkan tandatangan pemain The Red Warriors belum tercapai.

Sewaktu perjalanan Wan Raja dari Johor Bahru ke Kota Bahru, dia telah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran namun untuk berputus asa bukan pilihan bagi dia bagi mencapai cita-citanya.

Filem ini juga menampilkan perlawanan sebenar antara Pasukan Kelantan FA dan Johor Darul Takzim (JDT)