Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

The Walking Dead: Jeffrey Dean Morgan Sahkan Negan Kekal Sehingga Musim Ke-8


negan-twd

Jika dilihat dari storyline komik The Walking Dead, Negan adalah salah satu watak villian paling terkenal dan ganas pernah dihadapi oleh Rick dan ahli kumpulannya. Malah, aktor Jeffrey Dean Morgan yang membawa karakter tersebut telah membuatkan peminat berpuas hati dengan mutu lakonannya kerana dia berjaya menghayati watak tersebut sehinggakan watak antagonis itu menjadi watak paling dibenci dikalangan peminat The Walking Dead.

Sejak kemunculan pertama dalam episod 1 musim ketujuh The Walking Dead, kita dapat lihat keganasan yang ditunjukkan oleh Negan terhadap Rick dan kumpulan, malah ditunjukan pula bagaimana dia dan kumpulan “Savior”nya telah mengucar kacirkan beberapa komuniti sampaikan penonton tertanya-tanya adakah watak kejam ini akan tamat setakat musim ketujuh atau sebaliknya.

Namun persoalan adakah watak Negan cuma ada pada musim ketujuh sahaja terjawab apabila aktor tersebut mendedahkan masa depan watak tersebut dalam siri TV The Walking Dead.

Semasa kemunculan aktor tersebut dalam rancangan The Howard Stern ShowMorgan telah mengesakan bahawa dia akan kembali sebagai Negan dalam musim kelapan. Malah, beliau turut memberitahu dalam dua episod akan datang, watak tersebut akan membawa perubahan besar dalam perjalanan musim ketujuh ini.

negan

Lawatan kumpulan Savior ke Alexandria di awal musim yang lalu dianggap permulaan sahaja, malah sehingga kini, jika kita menonton sejak episdo satu, kita tidak nampak perancangan rapi Rick untuk menjatuhkan kumpulan Savior.


Jadi, dijangka lebih banyak cerita dan episod menarik akan berlaku terutamanya pada musim akan datang setelah Morgan mengesahkan watak Negan kekal sehingga musm akan datang. Mungkin musim ini lebih kepada introduction watak antagonis dan kumpulan Savior kepada penonton.

Nampaknya siri The Walking Dead semakin menarik sejak kemunculan Negan dan kumpulan Savior. Kita dapat lihat bagaimana mereka yang hidup di zaman Zombi ini bukan saja berhadapan dengan undead, mereka juga terpaksa menghadapai kumpulan Savior yang terkenal dengan sifat kejam dan tidak berperikemanusian.

So kepada yang mengharap Negan mati pada musim ini, bolehlah tangguhkan harapan korang sehingga ke musim akan datang. Apapun, The Walking Dead semakin menarik dengan kemunculan satu lagi komuniti yang berdendam dengan Negan dan Savior.

Episod akan datang, “Sing Me A Song”

 


Related posts

[TRAILER] Black Mirror Kembali Dengan Musim 6, Netflix Dedah Tarikh Tayangan

Kakimuvee

“Pretty Little Liars: Original Sin” Akan Membuat Debut Di HBO GO Pada 28 Julai Ini

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Marvel Studios Kongsi Gambar Terbaru & Video Dari Episod Finale “Moon Knight”

Kakimuvee