Jason Momoa Tidak Lagi Terlibat Dalam Pembikinan Filem Remake The Crow

0
79
views

Pembikinan filem remake The Crow menjadi tidak menentu apabila berlaku berlaku ‘tsunami’ besar-besaran terhadap projek berkenaan.

Menurut laporan dari Comicbook.com, bintang utamanya, Jason Momoa telah digugurkan dari senarai pelakon filem berkenaan. Malah pengarahnya juga, Corin Hardy turut digugurkan dari kerusi pengarahan. Selain itu juga, filem yang diterbitkan oleh Davis Films itu bakal menyaksikan Sony selaku pengedar tunggal The Crow juga bakal disingkirkan.

Semua ini berlaku gara-gara perbezaan pendapat mengenai idea kreatif dan bugdet diantara ketua Davis Films, Samuel Hadida dan pihak Sony. Kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat walaupun pihak Sony telah mengumumkan tarikh tayangan filem iaitu pada 11 Oktober 2019.

Bagi Corin, ini kali kedua beliau digugurkan dari terlibat dengan projek filem The Crow. Kali pertama beliau digugurkan pada beberapa tahun yang lalu apabila syarikat produksi sebelum ini, Relativity Media mengalami masalah kewangan sehingga menyebabkan projek pembikinan filem The Crow terpaksa dibatalkan. Kemudian, filem ini diambilalih Davis Films dan Corin telah dipujuk untuk kembali mengarahkan projek ini.

Masalah terbaru ini pasti memberi kesan kepada pengarah tersebut jika dia ditawarkan sekali lagi untuk mengarah filem remake The Crow akan datang berdasarkan pengalamannya digugurkan sebanyak dua kali.

Kepada peminat The Crow, apa pendapat anda mengenai berita terbaru ini, patutkah The Crow dihasilkan semula ataupun tidak?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here