Jason Blum Berminat Untuk ‘Reboot’ franchise Friday the 13th

0
128
views

Pemilik Blumhouse Production, Jason Blum mendedahkan beliau berminat untuk menghasilkan semula franchise Friday the 13th jika beliau berpeluang untuk berbuat demikian.

Beliau mendedahkan pekara tersebut semasa sedang mempromosikan filem terbaru terbitan syarikat produksinya, Insidious: The Last Key. Dalam temubualnya dengan wartawan, Blumhouse ditanya sama ada ingin menghasilkan semula franchise filem seram terkenal yang lain seperti Halloween. 

Blumhouse Production kini sedang menghasilkan filem terbaru mereka Halloween yang merupakan franchise filem seram yang terkenal semasa era 70an-80an dan Blum memberitahu yang dia ingin membawa watak Jason ke layar perak melalui syarikat penerbitannya.

“Besides Halloween? You know, I really wanted to do Friday the 13th. I would love to do that movie. Maybe someday we’ll get do to that one.”

Kali terakhir filem Friday the 13th dihasilkan adalah pada tahun 2009 dimana syarikat penerbitan milik Michael Bay, Platinum Dune bekerjasama dengan New Line untuk menghasilkan filem reboot yang juga merupakan filem 12 franchise Friday the 13th. Bay telah mendapat hak edarkan filem tersebut di pasaran Amerika dari Paramount Pictures.

Bagaimanapun Paramount masih memiliki hak penuh untuk franchise tersebut. Paramount sebelum ini pernah merancang untuk hasilkan filem baru Jason Voorhees sebelum ia dibatalkan kerana kegagalan filem reboot Ring. Mungkinkah akan ada kerjasama diantara Blumhouse dan Paramount dimasa akan datang untuk hasilkan filem Friday the 13th jika Jason Blum benar-benar serius untuk terbitkan filem tersebut

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here