Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jared Leto Juga Keliru Dengan Rancangan Warner Bros. Hasilkan Filem Joker


Mungkin anda juga rasa geli hati dan keliru dengan rancangan studio Warner Bros. untuk hasilkan sebuah filem Joker yang berada diluar universe DCEU serta tidak menggunakan pelakon Joker buat masa ini iaitu Jared Leto sebagai Joker. Baru-baru ini, studio tersebut mahu merancang sebuah filem solo villain utama Batman tersebut dan memberitahu kepada peminat filem tersebut tidak ada kena mengena dengan DCEU yang merupakan universe untuk filem-filem karakter DC.

Berita itu juga disertakan dengan perancangan mereka untuk mencari pelakon lain yang sesuai untuk membawakan watak ikonik tersebut. Disebabkan itu, ramai peminat-peminat komik DC dan juga visual artist mencadangkan beberapa nama dan mengeluarkan fan art Joker dengan wajah-wajah aktor yang dirasakan sesuai. Antara yang paling popular disebut-sebut untuk membawakan watak itu adalah Leornardo DiCaprio dan Christian Bale.

Bagaimanapun, terdapat juga peminat keliru dengan perancangan studio berkenaan, dan ada beranggapan, Warner Bros. tidak bijak merencanakan dan menggunakan karakter DC dengan baik dalam menghasilkan sesebuah filem karakter DC diluar dari universe yang ada sekarang. Malah aktor Jared Leto yang memegang watak itu juga keliru dengan perancangan studio berkenaan.

Beliau meluahkan perasaannya semasa disoal mengenai filem solo Joker yang bakal dihasilkan itu.

“Iā€™m a little confused too, but yeah, there are a couple of things happening in the DC world and I loved the Joker, heā€™s a great character, a really fun character to play. Itā€™s a big universe and when you play the Joker, thereā€™s no ownership there. You have the honor of holding the baton for a little while and then passing it off. But there are other films in development and Iā€™m excited to see what comes from them.ā€

Fan art Leonardo DiCaprio sebagai Joker oleh BossLogic

Warner Bros. Pictures dan DC kini dalam proses awal untuk menghasilkan sebuah filem origin Joker dengan pengarah filemĀ The Hangover,Ā Todd Philips akan mengarahkan filem tersebut manakala Martin Scorsese akan menerbitkan filem karakter villain tersebut. Bagaimanapun, Jared dilaporkan tidak akan membawakan peranan Joker dalam filem arahan pengarah tersebut, tetapi beliau mungkin akan kembali dalam filemĀ Joker and Harley QuinnĀ sebagai Joker bersama-sama Margot Robbie yang akan membawakan watak Harley Quinn.


Watak-watak Joker sebelum ini dibawakan oleh pelakon sepertiĀ  Jack Nicholson dalam filemĀ BatmanĀ  danĀ Heath Ledger dalam trilogiĀ Dark Knight.Ā Namun prestasi Jared sebagai Joker dikritik teruk oleh peminat filem DC dan mereka menganggap, Jared tidak mampu menyaingi kehebatan dua aktor sebelum ini dalam membawakan watak dan karakter Clown Prince of Crime

 


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem ā€œSuperman Liveā€ Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee