Jamie Foxx Sah Bintangi Filem Reboot Spawn, Akan Bawa Watak Utama

0
83
views

Pemenang anugerah Oscar, Jamie Foxx (Ray, Django Unchained, Baby Driver) telah disahkan akan membintangi filem reboot Spawn dan akan membawakan watak utama, Al Simmons aka Spawn.

Menurut berita yang dikeluarkan oleh Deadline, pengarah Todd McFarlane mengesahkan filem ini adalah filem pertama dari 3 filem yang dirancang dan ia juga tidak akan mengandungi kisah asal karakter tersebut.

McFarlane mendedahkan, Jamie Foxx merupakan antara individu yang membangkitkan tentang perancangan pembikinan semula filem Spawn. 

“Jamie came to my office five years ago, and he had an idea about Spawn and we talked about it,” 

Ini merupakan filem adaptasi komik kedua yang dibintangi oleh Jamie Foxx. Aktor tersebut sebelum ini pernah membawakan watak Electro dalam filem The Amazing Spider-Man 2. 

Filem reboot Spawn diarahkan dan ditulis oleh Todd McFarlane, dan beliau juga mengesahkan filem kali ini akan diklasifikasikan sebagai ‘R’ atau 18 tahun keatas, malah lebih keganasan berbanding Deadpool. McFarlane juga mendedahkan, budget filem ini sekitar $10-$12 juta sahaja, budget luar biasa untuk filem superhero yang kebiasaanya akan mencecahkan ratusan juga dollar.

Buat masa ini, Spawn masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here