Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Ransone & Andy Bean Bintangi It: Chapter Two


Selepas membawa masuk pelakon James McAvoy, Jessica Chastain dan Bill Hader dalam senarai pelakon IT: Chapter Two, kini bekas pelakon filem seram Sinister, James Ransone dan pelakon filem Power, Andy Bean disahkan akan membintangi filem kedua IT itu dengan membawakan watak dewasa dua anggota kumpulan The Losers‘ Club.

James Ransone akan membawakan watak dewasa Eddie Kaspbrak manakala Andy Bean akan membawakan watak dewasa Stanley Uris.

Sebelum ini James McAvoy telah dipilih untuk membawakan watak dewasa Bill, Jessica Chastain membawakan watak dewasa Beverly, dan Bill Hader sebagai Richie. Aktor Bill Skarsgård juga bakal kembali sebagai badut Pennywise dalam filem kedua ini nanti.

IT: Chapter Two akan ditulis oleh Gary Dauberman berdasarkan novel IT karya Stephen King dan sekali lagi akan diarahkan oleh Andy Muschietti.

Filem seram ini mula ditayangkan pada tahun lepas dan telah mencipta kejutan apabila berjaya mengutip $123.1 juta pada minggu pertama. Selain itu juga, dengan kutipan melebihi $700 juta dolar, filem IT menjadi filem seram paling laris sepanjang zaman.


IT: Chapter Two akan memulakan penggambarannya September ini dan akan ditayangkan pada 6 September 2019


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

9 Filem Seram Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix

Kakimuvee

8 Filem Seram Yang Mempunyai Plot Twist Yang Tidak Dijangka

Natasha

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee