James McAvoy Dan Bill Hader Bakal Muncul Dalam IT 2?

0
41
views

Menurut sumber dari The Hollywood Reporterdua pelakon hebat James McAvoy (X-Men: Days of Future PastSplit) dan Bill Hader (BarrySaturday Night Live) dilapokan sedang berbincang dengan pihak studio untuk muncul dalam sekuel filem seram It.

Laporan itu juga menyebut, James McAvoy dikatakan akan membawa watak dewasa Bill Benbrough manakala Bill Hader akan membawa watak dewasa Richie Tozier. Versi kanak-kanak kedua-dua watak tersebut (dalam filem pertama) sebelum ini dilakonkan oleh Jaeden Lieberher dan Finn Wolfhard. Jika perbincangan mereka berhasil, McAvoy dan Hader akan menyertai Jessica Chastain yang telahpun disahkan akan membawa watak dewasa Beverly Marsh.

It 2 ditulis oleh Gary Dauberman dan  Andy Muschietti sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan sekuel selepas beliau berjaya mengarahkan filem pertama It. Selain itu juga, Bill Skarsgård akan turut kembali membawa watak Pennywise.

Filem pertama It telah mencipta beberapa rekod serta mencipta fenomena dikalangan peminat-peminat filem seram. Minggu pertama tayangannya telah berjaya mengaut $123.1 juta dolar, menjadi filem R-Rated kedua paling tinggi kutipan tiket dibelakang filem Deadpool dan menjadi filem seram paling laris selepas berjaya mengutip lebih $700 juta dolar.

It 2 dijangka akan memulakan penggambaran musim panas ini dan dijangka akan menemui penonton pada 6 September 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here