Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Bakal Menulis Dan Berkemungkinan Mengarahkan Filem Terbaru Suicide Squad


James Gunn yang sebelum ini dipecat oleh Disney dari mengarahkan filem Guardians of The Galaxy 3 dilaporkan bakal menulis skrip untuk filem terbaru Warner Bros. / DC, Suicide Squad 2.

Menurut laporan dari portal io9bekas pengarah Marvel Studios itu juga berkemungkinan besar akan mengarah sekuel itu.

James Gunn kini sedang dalam perbincangan dengan studio Warner Bros. dan jika perbincangan diantara kedua-dua pihak berjaya, peminat berkemungkinan melihat perubahan besar dalam sekuel Suicide Squad itu nanti.

Pada 2017, pengarah filem The Accountant, Gavin O’Connor telah menandatangani kontrak untuk menulis dan mengarahkan Suicide Squad 2, tetapi dengan perkembangan terbaru ini tidak dapat dipastikan sama ada Gavin akan masih mengarahkan filem sekuel itu ataupun tidak.

Filem pertama Suicide Squad diarahkan oleh David Ayer dan telah ditayangkan pada 2016. Walaupun dikritik hebat, filem yang menampilkan penjahat karakter DC itu berjaya meraih $750 juta dolar seluruh dunia.



Related posts

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

James Gunn Sahkan Perancangan Filem ‘Legendary Star-Lord’

Kakimuvee

Peacemaker 2 Akan Menjadi Projek James Gunn Seterusnya Selepas Superman: Legacy

Kakimuvee

SUPERMAN LEGACY: James Gunn Telah Memulakan Uji Bakat Untuk Watak Superman & Lois Lane

Kakimuvee

Guardians Of The Galaxy Vol. 3 Melepasi AS$800 Juta Di Box Office

Kakimuvee

Pelakon Kulit Hitam Menjadi Pilihan James Gunn Untuk Bawa Watak ‘Apex’ Lex Luthor?

Kakimuvee