Jake Gyllenhaal, Ansel Elgort & Zendaya Bintangi Filem Finest Kind

0
321
views

Menurut berita dari laman web Comingsoon.net, pelakon Jake Gyllenhaal, Ansel Elgort dan Zendaya dilaporkan akan membintangi filem terbaru arahan pengarah filem L.A. Confidential, Brian Helgeland yang berjudul Finest Kind.

Filem bergenre crime thriller itu turut ditulis olah Helgeland serta diterbitkan oleh Gary Foster dan Russ Krasnoff.

Finest Kind bakal mengisahkan dua beradik (lakonan Gyllenhaal dan Elgort) yang membuat perjanjian merbahaya dengan sindikit jenayah. Perjanjian tersebut menyebabkan mereka terjerumus dengan bahaya dan akan menguji perhubungan mereka berdua sebagai adik beradik.

Setakat ini, tiada tarikh produksi dan tayangan didedahkan. STX Entertainment akan bertanggungjawab mengedarkan filem ini untuk pasaran antarabangsa.

Sumber: Coomingsoon.net

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here