IT (2017) Review

0
28
views

*Review ini mengandungi minor spoiler*

Semasa New Line Cinema mengumumkan pembikinan filem IT pada tahun 2009, ramai peminat-peminat Novel Stephen King dan peminat miniseries IT yang diterbitkan pada awal 90an bimbang filem ini mungkin akan gagal dan tidak mencapai prestasi yang diharapkan oleh mereka. Malah terdapat juga peminat mula membandingkan badut Pennywise versi Tim Curry dengan aktor Bill Skarsgård semasa pelakon tersebut dipilih untuk membawakan watak badut terkenal itu.

Namun setelah tayangan pertamanya di Los Angeles pada 5 September yang, filem yang bergenre seram thriller itu telah menerima kritikan yang cukup positif dari pengkritik dan juga menganggap filem IT adalah filem adaptasi Stephen King terbaik yang pernah dihasilkan.

Saya yang berkesempatan menonton filem ini mengakui, IT adalah salah satu filem seram paling menarik setakat ini untuk tahun 2017.

Diarahkan oleh pengarah Andy Muschietti serta ditulis oleh Chase Palmer, Cary Fukunaga, dan Gary Dauberman, IT yang telah memulakan tayangannya pada harini mengisahkan badut Pennywise (lakonan Bill Skarsgård) yang akan muncul setiap 27 tahun disebuah bandar kecil Derry bagi memburu mangsanya iaitu kanak-kanak. Berlatarbelakangkan tahun 1989, Pennywise telah muncul dan telah mendapat mangsanya pertama iaitu George yang merupakan adik kepada watak utama, Bill (lakonan Jaeden Lieberher). Sejak dari itu lebih sedozen kanak-kanak yang tinggal dibandar tersebut telah hilang disebabkan oleh entiti tersebut.

Bill merupakan ketua kepada sekumpulan kanak-kanak “poyo” yang dikenali sebagai The Losers Club. Cuba mencari adiknya hilang, Bill bersama rakan-rakannya akhirnya telah bertembung dan diburu oleh Pennywise. Tidak mahu badut tersebut terus mengganas pada masa akan datang, mereka telah memburu dan cuba menghentikan keganasan entiti tersebut dari terus menjadikan kanak-kanak di bandar tersebut sebagai mangsanya.

Kekuatan filem IT ini bukan sahaja terletak pada elemen-elemen seram dan babak-babak jump scare yang boleh membuatkan penonton terkejut dan mengurut dada. Perjalanan ceritanya juga cukup teliti, tidak meleret walaupun sedikit perlahan di awal tayangan filem. Malah pembangunan watak setiap karakter utama dalam filem ini digarap dengan begitu jelas dan “simple”. Ini membuatkan penonton dapat memahami plot filem secara keseluruhan, latarbelakang setiap karakter dan apa yang mereka takuti serta bagaimana mereka dapat mengatasi ketakutan mereka apabila berhadapan dengan Pennywise.

Selain itu juga, kebijaksanaan pengarahnya dalam menyelitkan elemen-elemen humor kanak-kanak dalam filem ini telah dapat mengurangkan sedikit ketengangan pada penonton setelah dikejutkan dengan babak-babak seram dan thrill. Body language seperti Ben dan si mulut lazer Richie kadang kala membuatkan penonton ketawa dengan telatah dua karakter tersebut. Ini membuatkan IT sangat unik dan sedikit berbeza dari filem-filem seram yang lain yang kadang kalanya terlampau serius dan merumitkan.

Lakonan para pelakon kanak-kanak juga boleh dianggap terbaik dan begitu menjadi. Mereka sangat berbakat dan berjaya membawa watak-watak mereka dengan begitu baik sekali. Begitu juga watak Pennywise yang dilakonkan oleh Bill Skarsgård. Beliau berjaya membawa watak badut tersebut setanding dengan pelakon asal Tim Curry. Ekspresi muka, dialog dan suaranya berjaya menghasilkan badut yang cukup menakutkan. Antara babak yang paling saya suka adalah semasa babak Pennywise muncul di skrin dihadapan kanak-kanak tersebut, rata-rata penonton pada waktu itu begitu terkejut dan menarik nafas panjang. Satu babak yang sangat-sangat tidak dijangka.

Bagaimanapun Sound skor yang dihasilkan oleh Benjamin Wallfisch dan babak jump scare nya boleh dianggap cliche dan tak jauh beza dengan filem-filem seram yang lain. Tetapi jika dihasilkan pada masa dan tempat yang sesuai, apa salahnya. Sekurang-kurangnya IT boleh mengejutkan serta menakutkan penonton apabila babak-babak tersebut ditunjukkan dengan begitu baik kepada mereka.

Walaupun diklasifikasikan sebagai 18 atau R-Rated, tidak begitu banyak babak-babak gore dan ganas yang ditonjolkan dalam filem ini. Klasifikasi tersebut mungkin diletakkan kerana karakter-karakter kanak-kanak tersebut serta dialog yang diucapkan oleh mereka tidak sesuai untuk ditonton oleh mereka yang dibawah umur. Bagaimanapun, karakter tersebutlah menjadi salah satu faktor menyumbang ke”menarik”kan filem IT.

Secara keseluruhan, Andy Muschietti serta para penulis lakonlayar IT berjaya menterjemahkan novel Stephen King dalam bentuk filem dengan begitu baik sekali dan berjaya memberi kepuasan tidak terhingga kepada penonton. Tetapi ini baru tajuk pertama kerana Pennywise pasti akan kembali, dan The Losers Club akan bergabung semula untuk menamatkan terus riwayat badut tersebut dari terus memburu kanak-kanak.

Rating Kakimuvee: 9/10

9

Elemen Seram / Thriller / Suspens

8.5/10

Muzik Latar, Sound Effect

8.5/10

Plot

10.0/10

Visual / Praktikal Effek

8.0/10

Lakonan Aktor / Karakter

10.0/10

Pros

  • Jalan cerita yang menarik
  • Kualiti lakonan aktor
  • Tidak membosankan

Cons

  • Kurang menakutkan dari siri asal
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here