Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Isteri Johnny Deep didakwa di Mahkamah Australia kerana menyeludup


MAIN-Johnny-Depp-Amber-Heard

Isteri Johnny Depp, Amber Heard telah didakwa di mahkamah di Australia kerana membawa masuk secara haram sepasang anjing ke negara tersebut – kes ini telah mendapat perhatian antarabangsa kerana Menteri Pertanian negara itu mengarahkan anjing tersebut dibawa pulang atau berdepan dengan bunuh.

Heard di dakwa dengan dua pertuduhan iaitu membawa Pistol dan Boo ke Australia dan satu lagi pertuduhan memalsukan dokumen, menurut Jabatan Pendakwaan Awam negara tersebut.

 Isteri kepada pelakon terkenal tersebut bakal dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara 10 tahun dan dendan sebanyak 102,000 Dollar Australia, manakala bagi pertuduhan memalsukan dokumen, dia boleh dikenakan penjara satu tahun dan denda sebanyak AU$10,200.

Kes ini terjadi pada May yang lalu apabila Menteri Pertanian Australia menuduh Johnny Depp menyeludup masuk anjing peliharaannya melalu jet peribadi apabila Depp datang semula ke Australia untuk meneruskan pembikinan filem ke lima “Pirates of the Caribbean”.

pistol & boo

Australia mengenakan undang-undang kuarantin yang ketat bagi mencegah penyakit seperti rabies dari merebak ke dalam negara tersebut. Untuk membawa haiwan tersebut, mereka perlu memohon permit dan kuarantin haiwan tersebut sekurang-kurangnya 10 hari.


“Sekiranya kita melepaskan pelakon terkenal ini membawa haiwan peliharaan mereka ke negara kita, lebih baik kita tidak perlu wujudkan undang – undang ini.”

“Oleh itu, Pistol dan Boo perlu pulang ke Amerika Syarikat”

                                                                                                     – Joyce, Menteri Pertanian Australia.

Para pegawai mengarahkan pasangan pelakon tersebut membawa pulang haiwan mereka ke US dalam tempoh 72 jam atau haiwan mereka akan dibunuh. Pegawai Jabatan Pertanian kemudiannya mengiring haiwan tersebut dari Mansion di Queensland, Gold Coast ke lapangan terbang dan anjing tersebut dibawa pulang ke negara asal beberapa jam sebelum tempoh tamat.

 


Related posts

[TRAILER] Amber Heard Bakal Muncul Dalam Filem Terbaru ‘In The Fire’

Kakimuvee

Bayaran AS$1 Juta Amber Heard Ke Johnny Depp Akan Disalur Ke Badan Amal

Kakimuvee

Johnny Depp Ditawarkan AS$20 Juta Untuk Kembali Sebagai Jack Sparrow, Namun Dia Menolak

Kakimuvee

Johnny Depp Jalin Hubungan Cinta Dengan Peguam Sendiri, Tetapi Bukan Camille Vasquez

Kakimuvee

Saga Amber Heard-Johnny Depp Diteruskan, Kedua-Duanya Enggan Bayar Ganti Rugi

Kakimuvee

Permohonan Amber Heard Untuk Perbicaraan Semula Di Tolak Mahkamah

Kakimuvee